About

Monday, 27 February 2012

Curva 1Q

Assalamualaikum dan salam 1 bana kepada semua. 

“dulu kita sokong...menang. lepas tu dicop penyokong time menang. skrg bila bagi semangat pada yang kalah..dikata gila jugak, sbb kalah pun nak sokong. dah tu nak wat mcmn?” - Pak Long Aus. 

Entah macam mana Daud nak mulakan sembang santai bersama pembaca setia ‘Segmen Alteras bersama Daud Ghani’ (pergh dah macam gaya-gaya dengan Izin si Rizal Hashim tu dak?). Daud malas nak ulas sangat pasal tektikal kejadah pemain bangang melepaskan peluang, pemain bangang bertahan serupa telur goyang kiri kanan. Apa yang pasti, faktanya ialah kita memang masih kerdil, dan bangang dalam main bola. 

Ni Daud nak gambil kata-kata selebriti Ultras Malaya, saudara Din Ash “Kita memang level yang lain. Fakta yang pahit untuk ditelan. Kita bukan tak boleh lawan. Tapi development player tu macam mana dari diorang kecil. Makanan. Berterusan macam mana? Kita dah sedaya upaya salur semangat, salur tenaga. Dan apa kita nampak mereka bermati-matian di atas padang walaupun mati-matian mereka secara bangang. Tapi mati-matian dan semangat sahaja belum cukup nak bawa Malaysia ke Piala Dunia. Mungkin semangat kita sama, tapi development player macam mana? Fitness, teknik dan skill?” 

Memang macam sabun mandi dan minyak masak kalau Daud nak sembang pasal taktikal. Memang takde kena mengena, sebab Daud tak pernah amik kursus kejurulatihan mahupun menjadi coach untuk pasukan Kampung Permatang Nyiur dekat Kota Kuala Muda. Apa yang Daud nak focus untuk artikel kalini ialah ‘Post Morterm Kita Sebagai Sebuah Firma Ultra Di Dalam Curva’. Amacam? Langsi dak focus artikel kalini? 

Sebelum Daud nak mula dengan lebih panjang, Daud nak tanya, sedar atau tak Ultras Nippon turut ada di dalam stadium tempoh hari? Apa yang korang semua rasa di curva? Dasyat mana? Agak-agak Ultras Nippon respect tak kewujudan Ultras Malaya tempoh hari di curva? Ternyata mereka lebih senior dari kita dan Ultras Malaya banyak juga belajar dari mereka. Tapi mereka juga belajar bola dari kita dan mereka sudah power. Di bahagian penyokong, agak-agak macam mana?
Ultras Nippon di Bukit Jalil.
Kita jejak kaki ke dalam curva sebelum game bermula. Pemilihan curva oleh pemula Ultras Malaya ni sudah bertukar-tukar sejak 2007 dahulu. Daud mula join Ultras Malaya akhir tahun 2008 semasa Kejohanan Pestabola Merdeka. Masa tu, curva Ultras Malaya dan HarimauMalaya.com ialah di tengah-tengah berhadapan grandstand. Bersama dengan abang-abang otai geng gendang Selangor semasa tu. Beberapa ekor kera kelihatan tejoget-joget di situ. Memang jelas ke-kera-an mereka apabila stadium kosong dan suara dengar jelas dari tempat mereka menjadi kera. 

Akhirnya beberapa kali curva di tukar sehingga lah tahun 2010, 2Q dipilih. Namun, perlawanan persahabatan bertemu Korea Selatan, Ultras Malaya memilih gate 2K sebagai curva apabila gate 2Q dikatakan untuk away fans. Dan semasa separuh akhir dan akhir Piala AFF Suzuki 2010, Ultras Malaya masih memilih 2K kerana 2Q semasa itu masih lagi dikatakan untuk away fans. 

Selepas kebangangan FA asyik nak beri curva Ultras Malaya kepada away fans (tempat berhadapan grand stand sepatutnya dimiliki oleh home 100% bagi Daud. Sebab itu ialah tempat yang paling murah tiketnya. Dan rakyat tak mampu nak jadi macam away fans sanggup travel jauh dan mampu untuk beli tiket grandstand. Kalau meraka nak datang mereka patut duduk di sebelah sana!). Akhirnya Ultras Malaya kembali menjajah curva 2Q yang dirindui. Selepas beberapa kali duduk bersidang bersama dengan secawan teh o ais dan roti canai sekeping dua, akhirnya Ultras Malaya sepakat untuk turun dari 2Q ke gate 1Q dengan alasan yang sangat munasabah; 

“Kami mahu pemain dengar suara kami dan merasai semangat kami sehingga juga meresap ke dalam mereka”.


Komrad di Curva
Itu lah sedikit sebanyak sejarah idea bagaimana 1Q dipilih sebagai curva. Curva ialah satu kebanggaan Ultras Sedunia. Ia bagaikan rumah bagi mereka. Bagi pemain pula, ia seperti plug untuk mereka cas semangat mereka. Bagi siapa yang tak tahu natang apa curva tu, meh Daud bagi ayat kopipes internet, “The majority of stands referred to as a "curva" are located behind the goals in their respective stadiums and contain the most vocal supporters within them, often known as Ultras.” 

Jadi apa yang Daud nak kongsi pasal game kelayakan Malaysia Jepun tempoh hari? Kejayaan mengasingkan perempuan dari port utama curva (sebaris, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan di hadapan capo) bagi Daud ialah satu kejayaan yang amat memberangsangkan. Memang pada awalnya Daud agak pelik kenapa ada saudara kita menyuarakan pandangan di page UM’07 mengenai perempuan dan curva. Akhirnya tempoh hari, Daud faham juga. Kaum lelaki tidak malu-malu untuk lebih vokal. Kaum lelaki tidak lagi nak cover handsome untuk menjadi gila. Kaum lelaki tidak lagi nak jaga makwe bini dia takut terkena peluh lelaki lain dan yang paling pasti Daud nampak mereka tak payah nak ngada-ngada jaga tubuh badan makwe bini diorang dari disentuh secara sengaja dan tidak sengaja oleh lelaki lain.


Komrad dan puting mereka
Mengasingkan bukan bermakna Ultras Malaya tidak menerima. Cuma itulah. Apa yang kita lihat. Mungkin populasi dalam curva akan berkurangan. Tapi, harus diingat, hasilnya kualitinya macam mana? Tapi sebenarnya Daud agak kecewalah. Sebab dalam curva tempoh hari masih wujud sorang dua tiga empat perempuan. Sangat minoriti. Yang ada dekat-dekat Daud pun ada. Yang konon-konon nak snap gambaq pun ada. Padahal kalau kau nak snap gambar, kau berjalan lah sana sini. Ni kau duduk berkepit dengan balak kau apahal? Konon pusing 360 darjah dari seat kau berdiri, kau boleh dapat semua sudut menarik dalam curva? Paling Daud nak marah sekali bila kau dah duduk dalam curva, tapi kau duduk betul. Siap peluk romen bagai. Apa kau ingat curva 1Q ni macam rumah tumpangan brickfields ka apa? Bayar rm40 untuk dua orang dan boleh beromen selama 90 minit? 

Apa Daud cadangkan ialah, kepada manusia lelaki yang tak berapa power tenaga batin asyik nak duduk-duduk lepastu mengaku ultra, row satu, dua, tiga, empat, lima dari pintu atas 1Q ialah untuk anda. Itu ialah row bagi yang lemah tenaga batin. Oh, 2Q pula Daud cadangkan untuk makwe-makwe dan para binis kepada komrad yang gila. Situ juga sedia menerima anda. Bukan apa, Daud taknak lah nanti choreo ultras terpecah dek kerana makwe dan binis ni taknak berganding bahu dan berpelukan sesama komrad semasa melakukan aksi yang diarahkan oleh Capo kononnya haram, iyerr memang haram bersentuhan sesama muhrim sebab itu kami cadangkan golongan ini dipisahkan dari lelaki ditepatkan di bahagian lain.


Tapi kalau makwe yang gila dan nak rasa juga nak kehangatan curva 1Q, anda juga boleh duduk berdekatan row belakang curva, sila buat kan beberapa row untuk untuk kaum hawa sahaja dibarisan belakang supaya mereka ini tetap menyumbang kepada kegilaan curva 1Q. Ini adalah untuk keselamatan dari di raba-raba oleh kera sepsis lain apabila kita buat aksi tarian ke-kera-an dan juga untuk mengasingkan bukan mahram. Daud malas lah nak buat CPR kalau korang pengsan ke apa. Kang korang jatuh hati dengan nafas Daud pula 

Menggila. Bila masuk word menggila, Daud sangat suka tengok komrad-komrad yang gila dalam curva. Seperti dirasuk. Dalam hati berkata-kata “Kau ambillah semangatku wahai Harimau Malaya. Kau juanglah sehingga ke akhir titisnya! Semangatku, tenagaku, untukmu!” 

Benda seterusnya Daud nak kongsi ialah kewujudan abang-abang capo di hadapan. Apa fungsi mereka agaknya? Mereka bukan pengerusi. Mereka bukan presiden. Mereka ialah saudara-saudara kita yang menjadi kepala kepada setiap aktiviti di dalam curva. Maknanya, di dalam curva, mereka lah ketua. Sangat kecil hati Daud tengok apabila ada segelintir komrad yang gagal ikut apa yang disuarakan abang-abang capo kita.


Capo dan curva. Mereka ‘leader’ di dalam curva
Ada orang suarakan, apa bangang sangat ulang lagu banyak kali? Lagu sama? Ini brader Daud Ghani nak habaq mai. Apa yang Daud nampak, capo seperti hilang punca dihadapan. Kenapa? Sebab bila capo mula bawa lagu-lagu lain, tahap adrenalin gila komrad di curva menurun. Dan vokal turun jatuh. Jadi solusinya, Daud rasa, sebab itu capo membawa lagu sama berulang kali. Kerana itu sahaja cara untuk curva kita nampak vokal. 

Isu berkelompok ni Daud malas nak ulas panjang. Kelompok ini menyebabkan kita boleh Nampak kelompok mana yang gila dan kelompok mana yang lemau. Akhirnya Daud Nampak curva kita macam tompok-tompok. Sikit gila. Sikit lemau. Akhirnya buat capo jadi hilang punca nak bagi anak buah dia gila balik. Akibat dari kelompok ni? Capo sendiri muncul di kelompok mereka. Yang lagi parah, ada komrad yang lebih nak tengok game di padang dari mereka layan ‘game’ mereka di curva! 

Paling Daud tak gemar sebenarnya ialah semasa game tengah jalan, semasa orang lain sebuk beraksi, kau sibuk nak ambil gambar lah. Posing tutup mulut lah. Bagi Daud, biar orang datang dekat kita ambil gambar. Tak payah nak gedik sangat ambil gambar dekat curva. Biar orang lain ambil kita. Kita focus untuk lebih gagah! Tak mustahil gambar ada lekat dalam beribu gambar orang ambil nanti. Biar orang amik gambar kita kerana kita gah. Bukan kerana kita berada di situ. 

Daud juga sangat berkecil hati bila nampak jersi pasukan mat saleh di curva! Nak lagi spesifik jersi Arsenal. Warna biru. Muka brader tu ala-ala jambu. Ni Daud nak merayu, tolong lah. Masuk 1Q jangan bawa elemen luar yang melambangkan bola sepak luar. Kami takdelah macam penggila EPL di mamak-mamak yang datang stadium nasional Negara Daud, pakai jersi Negara luar, siap orang lain yang pakai jersi lain suruh bukak lagi? What de hel? Kami butakan mata bukan kami bagi can dekat kau sebab kau jambu. Tolong lah lain kali hormat CURVA kami. Nak pakai, sila duduk di seberang sana, atau di seberang sana (sambil tunjuk).

Curva ialah tempat kera gila.
Ah sudah lah. Malas Daud nak ulas lagi. Banyak lagi sebenarnya salah silap. Tapi ini lah paling ketara. Daud nak cabar korang, game lepas ni, tak kira lah di negeri ke di Negara, tunjukkan yang korang tak jadi bangang dalam curva masing-masing. Sekian segmen sembang santai Alteras bersama Daud Ghani. Akhir kata, 

“Kalau kau rasa kau seorang Ultras, kau patut tahu apa yang kau patut buat. Atau kau nak selamanya di gelakkan dan di gelar Ultras Bana?”


- DAUD GHANI -


Al-Fatihah and Rest In Peace to our brothers 
in Egypt. Ultras Ahlawy.






Tuesday, 21 February 2012

BILA DAUD GHANI MULA BERSUARA (BAHAGIAN 2)

Assalamualaikum dan salam satu bana.

Let make this fast and quick. Amboih berkata-kata dalam bahasa inggeris. Nanti orang hentam Daud sebab tak mengimarahkan Bahasa Malaysia. Habis Daud masuk blog politik nanti. Maklumlah, zaman PRU around the corner ni semua benda kena jadi tak kena. Makan pisang dekat masjid pun orang kata racist. Maaf seribu satu kali maaf kerana Daud sunyi sepi beberapa bulan kerana banyak sangat kerja masuk. Alhamdulillah. Rezeki orang kata. 



Curva Ultras Malaya, section 1Q

So, harini ialah perlawanan terakhir kelayakan Olimpik 2012 yang bermain di stadium Bukit Jalil. Dengar-dengar kawalan ketat akan dijalankan dekat Bukit Jalil harini. Daud tak tau apa ke bangang nya pihak pengawal dan kawal ketat stadium padahal rakyat marhaen Malaysia, bangun lambat semalam layan Napoli lawan Chelsea dekat TV. Ini bangang Daud. Match malam, apa kebangangnya malam pun tak bangun lagi. Okay point tak masuk akal lah Daud ni. Tambahan pulak malam ni ada live. Senang nak tengok dekat mamak dengan kamera zoom in, zoom out nampak jerawat sambil mengutuk pemain kesayangan mereka. Tuntas kata, Daud syak dalam stadium malam ni paling ramai pun ada lah 1000-2000 orang. Sebab paling munasabah Daud kata macam tu sebab, ya lah, pasukan kita dah tak layak. Puak-puak kera menari dalam stadium je yang suka datang. Boleh nari dalam stadium. 

Balik kepada topik asal Daud nak sembang dengan hangpa semua. Pasal kawalan ketat dekat stadium. Kabarnya, banyak benda dah tak boleh dibawa masuk dalam stadium. Sebelum ni isu flare yakni suar dan batang panji. Kononnya batang panji tu boleh kami gunakan untuk bergaduh. Nak cucuk-cucuk penyokong lain. Sampai mati. Cocok! Cocok! Pebende lah. Haritu dekat UiTM, kawan-kawan Daud bagitau yang panji dah tak boleh kibar dekat stadium diorang. Sebab stesen TV tak bagi. Ada batang besi katanya. Apa dia ingat tengok bola sepak macam tengok movie Ombak Rindu kea pa? Nak teghiak-teghiak? 

Khabarnya lagi, banyak stadium sekarang dah haramkan pula pembawaan pembesar suara (baca: hailer. Alasannya kerana buat bising), banner yang tidak membawa manfaat (baca: banner yang mereka rasa akan menggugat tempat duduk mereka dan menaikkan semangat rakyat untuk kembalikan hak bola sepak kepada rakyat), kertas resit (tidak boleh lagi diterbangkan masuk ke lorong balapan atau komrad yang membalingnya akan ditangkap). Apa yang boleh aku rasa, duduk, pegang airhorn sebuah (airhorn tak buang bunyi bising ya. Airhorn akan menyalurkan semangat kepada pemain lalu pemain semangat dan akan skor satu gol), muka habis excited, secawan air stadium yang berharga RM2 dan mulut berkumat-kamit komen taktikal jurulatih sambil membandingkan taktikal sendiri di dalam permainan video Pro Evolution Soccer mahupun Fifa

Stick banner yang sering dibawa oleh komrad
UM biasanya mengandungi mesej-mesej tertentu

Apa sudah jadi dengan bola sepak kita? Daud menjadi semakin ragu-ragu. Bola sepak Malaysia kini milik rakyat atau milik kapitalis? Kapitalis yang takde telur (baca: telurnya kecik), dan mengharamkan apa sahaja yang boleh menggugat keselamatan mereka di penjuru puncak kapitalis? Padia lah hang ni. Kami tak lapaq pun duit hang tu. Daud dan kawan-kawan hanya nak hak kami. Bola sepak. Kau sudah rampas banyak benda dari kami, tak boleh ke kau tinggalkan sedikit ruang untuk kami dan sukan kami? 

Mengambil kata-kata Dirigen Aremania ke Malaysia tempoh hari, "Pengurusan tidak akan mungkin mampu mencuri kretivitas nya Aremania dengan tidak membenarkan warna biru, skarf, bom asap dan apa aja yang melambangkan Aremania waktu itu. Jadi kami sepakat, seluruh Malang untuk turun ke stadion dengan serba hitam menunjukkan berontak, sehelai bendera merah putih Indonesia setiap satu, dan SUARA."  Dirigen Aremania, Yuli Sumpil. Daud terbakar sedikit selepas ingat balik kata-kata dia. Bagi Daud, biarlah apa pun yang terjadi. Daud dan kawan-kawan yang lain akan tetap beri sokongan. Kalau nak tahu, puak kera-kera ini ialah puak yang degil dan pekak. Harap pihak pengurusan faham dengan kepekakan Daud dan kawan-kawan Daud. Mungkin bukan untuk hari ini. Tapi ini adalah bagi Daud, sokongan untuk masa hadapan. 



Aksi Ultras Nippon ketika Samurai Biru beraksi!
Jauh lebih hebat dari Ultras Malaya,
maka kita perlu perkuatkan barisan UM!


Jadi buktikanlah wahai rakyat marhaen sekalian alam yang Daud salah mengenai kehadiran anda di Stadium. Bising banyak pun tak guna. Buktikan Daud salah. Datang lah kalau berani. Kita kasi goyang itu telur kapitalis ke kiri dan ke kanan. Selain itu, kita juga harus menggoyangkan telur Ultras Nippon ke depan dan ke belakang sebab Komrad mereka pastinya akan turun. Apa yang Daud baca, komrad Ultras Nippon akan usaha untuk datang walau melibatkan game sekecil zarah mana pun bagi pasukan negara mereka. Okay. Dah habis Daud nak membebel. Hurm. 

Salam kepada bana kepada pak rasuah, penerima rasuah dan bookie seluruh Malaysia. Daud benci korang semua!


-Daud Ghani-

ULTRAS MALAYA KE GELORA BUNG KARNO (BAHAGIAN KETIGA, AKHIR)

BAHAGIAN KETIGA- TERAKHIR 
Kami minta maaf anda terpaksa tunggu lama untuk bahagian ketiga ini. Sangat sibuk dengan urusan harian. Ini adalah bahagian yang terakhir, menceritakan details saat-saat pengalaman kami masuk ke GBK, terperangkap dan pulang ke tanah air dan boleh lihat video khas kami di bawah ini.




Akhirnya, tiket final telah berjaya kami dapatkan! Rasa girang di hati tidak dapat digambarkan. Jam menunjukkan pukul 3.00pm, kawasan sekitar Hotel Sultan mula dipenuhi orang ramai seawal jam 8 pagi. Kelibat beberapa pemain kebangsaan juga kelihatan, mereka mundar mandir ke hulur ke hilir. Kelihatan sedikit resah di wajah mereka, tapi yang pasti wajah Kapten kita, Badrol Bakhtiar paling selamba, ceria dan Bad juga sering menegur dan melambai kami selama kami berada di Indonesia. Bad memang peramah habis! tidaklah macam seorang pemain yang kononya hebat tu yang memang sombong dari pandangan kami, tidak mahu mention di sini penyerang yang tak perform di pasukan negeri tapi sentiasa mendapat tempat di kesebelasan utama baik skuad Rajagobal mahupun skuad Ong Kim Swee, anda fikirkanlah sendiri siapakah gerangannya. Waktu masih awal lagi untuk pergi ke GBK, kalau mahu nonton perlawanan penentuan gangsa acara bola sepak juga masih belum bermula. Tapi jelas kelihatan dari Hotel Sultan kami boleh melihat GBK padat dipenuhi lautan merah sana sini. 

Aku mengambil kesempatan bergambar bersama 
pemain sebelum perlawanan akhir
Pemain berangkat menaiki bas
Aku cuba melayari internet mengunakan mobile handphoneku, cuba update status di Facebook mahupun di twitter ternyata tak boleh diakses. Rupanya talian 3G internet telah disekat secara berperingkat. Sempat aku berborak dengan salah seorang petugas Sukan Sea Indonesia, beliau memberitahu segala bentuk komunikasi seperti handphone, Internet 3G akan disekat pengunaanya di sekitar GBK dan kawasan berdekatan dua jam sebelum dan selepas perlawanan. Perkhidmatan BBM pun tak lepas. Kalau di dalam GBK langsung tak boleh akses termasuk membuat panggilan telefon, atas faktor keselamatan katanya. Selepas beberapa insiden pengeboman di Indonesia beberapa tahun lalu pihak berkuasa tempatan mengambil langkah drastik dalam membendung daripada kejadian yang sama berulang lagi. Lagi pun di jangkakan Presiden Indonesia SBY akan turun juga. Patutlah dari pagi tadi aku lihat pelbagai agensi keselamatan Polis, tentera dan pengawal keselamatan berhimpuan di perkarangan GBK, siap datang dengan skuad “Penembak Tepat”.



Disebabkan gagal untuk melayari Internet, kami semua melepak di cafe hotel untuk mengunakan perkhimatan Wi-fi ternyata masih boleh dilayari. Dapat sahaja akses, aku dapat mesej “Whatsapp” daripada nombor yang tidak dikenali menyuruh kami semua segera ke bilik mesyuarat untuk taklimat khas sebelum keberangkatan ke GBK. Tanpa berfikir panjang terus kami ke bilik mesyuarat, rupanya mesej tadi dari sahabat lama ultras, saudara Azri, beliau sekarang bekerja dengan Team Malaysia kerjanya lebih kurang macam mengemas kini info di laman sesawang, facebook dan twitter Team Malaysia. Beliau juga merupakan antara pelopor awal Ultras Malaya semasa kami semua masih lagi aktif berforum di laman sesawang harimaumalaya.com. Azri pelawa kami untuk mengikuti sekali konvoi bas pemain ke GBK. Tanpa berfikir panjang kami terus bersetuju, bila lagi nak dapat peluang menaiki bas dan mengikuti konvoi bersama pemain bukan?



Kami melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat, kelihatan ramai orang di situ dan kebanyakannya berpakaian jersi Team Malaysia dan juga jersey Nike Harimau Malaya. Dalam hatiku, “sah ni memang budak-budak Famemas ni” dan ternyata benar telahanku. Mesyuarat itu sendiri diketuai oleh Chef de Mission Malaysia di Jakarta, Datuk Naim Mohamed. Datuk Naim sendiri mengenali Ultras Malaya dan mempelawa kami menyertai mereka. Taklimat selama hampir sejam lebih diberikan. Para pegawai Malaysia dan AJK Team Malaysia sibuk berbincang bagaimanakah mahu meyeludup mereka yang masih tidak punyai tiket untuk masuk ke kawasan yang lebih selamat iaitu kawasan grandstand kerana di situ pengawasan pihak Polis dan keselamatan lebih terjamin berbanding tiket kategori 1 dan kategori 2. Rupa-rupanya selama Sukan Sea ini berlangsung, mereka sudah arif dalam bab menyeludup masuk penyokong-penyokong Malaysia ke kawasan yang lebih selamat walaupun berlainan tiket. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana atas faktor keselamatan, kata mereka jikalau setiap acara sukan yang melibatkan pertembungan Malaysia dengan Indonesia, keadaan akan menjadi begitu tegang sekali. 



Akhirnya diputuskan dengan sistem undian, hanya 50 orang sahaja dibenarkan pergi ke GBK manakala selebihnya pergi menonton di Kedutaan Malaysia. Kami tidak terbabit dengan undian mereka, kerana ada tiket walaupun tiket kami kategori 1, kami rancang hanya ingin menumpang konvoi bas ke stadium setibanya kelak barulah kami akan ke bahagian tempat kami, kami tawakkal dan buat hati kering. Undian telah dibuat, selebihnya yang gagal untuk mendapatkan tiket terus ke kedutaan besar Malaysia atas faktor keselamatan mereka. Terlalu bahaya untuk membiarkan mereka yang lain untuk duduk di kawasan kategori 1 dan 2, ibarat seperti jalan pintas menempah maut jikalau penyokong-penyokong Malaysia duduk berasingan dan berjauhan. Kami bersama-sama beberapa pelajar Malaysia yang mempunyai tiket biasa juga, nekad mengikuti konvoi ke GBK walaupun tidak disarankan sendiri oleh CDM kita. 



Setelah tamat sesi “Taklimat Perang” di bilik mesyuarat kami semua berangkat ke kawasan lobby untuk menaiki bas. Kenapa aku katakan “Taklimat Perang”? Sebab macam-macam perkara dibincangkan dari nak seludup oranglah, nak elak dari bertembung penyokonglah, elak dari provokasilah, langkah-langkah berjaga bagaimana mahu keluar balik andai malaysia telah menang dan sebagainya. Tepat pukul 5pm kami semua naik bas, pemain-pemain kebangsaan juga kelihatan. Selepas itu kesemua 66 orang (aku tak pasti jumlah sebenar mereka di dalam bas) berada di dalam bas dan baki penyokong Malaysia yang lain ke Kedutaan Besar Malaysia. Kami semua berhimpit dan berdiri di dalam bas dan kemudian barulah konvoi pemain dan penyokong bertolak. Konvoi disertai 2 buah bas sahaja dengan bas pemain di depan manakala bas penyokong di belakang. Jarak sebenar GBK dengan Hotel Sultan hanyalah 500 meter, konvoi bas perlu melalui laluan alternatif sejauh 2KM kerana laluan lain terhalang oleh ratusan ribu penyokong Indonesia yang sedia menanti di perkarangan stadium. Menurut sukarelawan Sukan Sea, ratusan ribu datang dari seluruh pulau di Indonesia walaupun mereka tidak mempunyai tiket untuk memasuki stadium. Beberapa minit kemudian, bas kami disedari oleh penyokong-penyokong Indonesia dan mereka mula menjerit dan menghamburkan kata-kata kesat serta insyarat jari lucah. Tidak semua berperangai sebegitu, tetapi boleh dikatan majoriti di situ berperangai sedemikian.


Boleh lihat dari keadaan terang sudah menjadi gelap
gara-gara lama sangat tersekat oleh penyokong mereka

Bas kami mula memasuki perkarangan stadium GBK, tetapi malangnya pergerakkan bas terhalang di situ walaupun GBK hanyalah 100 meter dari bas. Orang ramai mula mengerumi bas kami, mengetuk, menendang, mengejek, menjerit, membaling segala jenis benda ke arah bas kami. Ada yang mempamerkan poster berbunyi “Batik milik Gwe”, “Malaysia Go To Hell”, “Kita bunuh Upin Ipin”, “Malaysia Maling No 1 Asia” “Ganyang Malaysia sampe mati” “Hantar pulang mereka ke NERAKA” dan banyak lagi. Adakalanya poster-poster yang mereka bawa mesejnya hampir membuatkan isi perut aku terburai, mana tidaknya isu-isu yang dimainkan media massa mereka sememangnya tidak masuk akal dan tidak menjadi isu buat rakyat Malaysia dan kami pelik bagaimana mereka mendapat isu sebegitu walhal rakyat Malaysia tidak ambil peduli hal-hal sedemikian.


Kiri dan kanan bas kami dikepung mereka

Kami diberitahu, di dalam stadium sudah mula dipenuhi sekitar 80 000 penyokong manakala di luar ini 200 000 penyokong yang gagal untuk memiliki tiket tetapi masih ingin cuba memasuki dalam stadium atau berkumpul di luar perkarangan untuk melihat melalui big screen. 66 orang dikalangan kami mula panik dan berubah wajah, ada yang mula pucat, ada yang menangis, ada yang mula berdoa dan ada juga mahu membuka jersi Malaysia serta ada yang mahu keluar dari bas seperti orang biasa. Bagi kami, sebenarnya inilah saat yang kami mahukan, kami sendiri mahu rasakan situasi bagaimana pemain-pemain kita harungi sebelum ini berdepan dengan penyokong FANATIK GARUDA MERAH. Kami benar-benar dapat rasakan perasaan mereka dan pengalaman mereka secara real live. Aku dan rakan-rakan sempat merakam gambar dan video gelagat mereka ini, tetapi keadaan menjadi sebaliknya apabila beberapa pemuda yang berang kami mengambil video dan gambar mereka lantas menendang bas berkali-kali dan menunjukkan isyarat maut kepada kami. Pemuda-pemuda tersebut mengarahkan kami, penumpang di kerusi belakang supaya turun dengan segera dengan menunjukkan isyarat “Pisau mengelar leher”. Malah lebih teruk lagi, ramai penyokong mereka yang tersepit dan terhimpit sertai terpijak sesama mereka gara-gara tidak mahu berganjak dari tempat mereka berdiri. Kami sendiri menyaksikan, ada yang terpaksa diusung keluar dari kawasan padat tersebut dan ini juga yang menambahkan lagi kemarahan mereka. Tambah memburukan keadaan apabila ambulan gagal untuk memberikan bantuan ekoran keadaan yang sangat padat di situ.


Apabila keadaan semakin tegang pihak polis dan tentera mengarahkan bas kami supaya menutup tirai dan tiada lagi sebarang rakaman dibenarkan untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk. Polis di Indonesia seakan-akan tidak berdaya untuk menahan asakan penyokong fanatik ini, mereka hanya menglaungkan amaran dan larangan sahaja tanpa bertindak lebih keras. Aku terbayang situasi di Malaysia seperti ini, andai ada penyokong-penyokong berdegil macam ni sudah lama kena pijak dengan kasut but FRU dan juga Polis. Ternyata Polis Malaysia lagi brutal dan ganas! Ultras Malaya sendiri mempunyai banyak pengalaman berdepan dengan situasi tegang apabila berhadapan dengan pihak polis. Di tahan Polis, di siasat malah ditahan lokap sudah menjadi perkara biasa buat komrad UM, ada beberapa dikalangan kami sudah dibicarakan di Mahkamah atas kesalahan membakar flare. Budak-budak The Jang lagi lah, mereka lagi kerap, pernah mereka diarahkan membuka baju hanya memakai seluar di stadium sahaja gara-gara memakai T-Shirt “Presiden FAM Sila Letak Jawatan”.



Pelajar-pelajar Malaysia yang mempunyai tiket kategori 1 sama seperti kami, mula bertanya kepada aku, “Bang, macam mane nak pergi gate tiket kategori kita bang? Bas pun takleh lalu mati kita bang kalau pergi situ dengan pakai baju Malaysia ni”. Aku juga tidak punyai jawapan untuk itu dan katakan padanya. “Entahlah, selamba redah je dik, tawakkal je”. Bagi penyokong yang lain, kedudukan mereka agak selamat kerana mempunyai tiket VIP dan Grandstand yang pastinya kurang diancam oleh penyokong lawan. Tiba-tiba persoalan pelajar tersebut mebangkitkan perasaan cuak aku dan rakan-rakan lain, daripada tadi kami semua gembira sebab sendiri merasakan pengalaman diasak oleh penyokong yang bersifat SUPER ULTRA! Sekarang lain pula perasaan kami. Agak jauh jugalah kalau nak pusing ke tempat kategori 1 di sebelah hujung stadium andai konvoi bas ini menurunkan kami di sini, kami perlu menempuh ratusan ribu penyokong Indonesia pula. Aku mula terbayang insiden yang aku lihat sebentar tadi di channel ANTV, siaran tv swasta di Indonesia sebelum kami berangkat ke Hotel Sultan. Satu rombongan bas dari Bandung yang kesemuanya berbaju Merah Putih ke Jakarta telah ditahan oleh penyokong yang lain saat mula memasuki sempadan Jakarta. Oleh kerana nombor plat nya dari Bandung bas mereka telah dibakar oleh sekumpulan penyokong yang lain di Jakarta walhal mereka sama-sama mendukung pasukan Garuda, pelik bukan? Aku tak pasti siapa yang bakar, mungkin juga perkelahian di antara budak-budak Jakmania dan Viking agaknya kerana Viking sememangnya berasal dari Bandung. 



Setelah berjam-jam lamanya konvoi kami tersekat, pergerakkan bas hanya mampu bergerak sedikit demi sedikit. Apatah lagi ada dikalangan mereka mula melontar batu ke arah konvoi bas kami, mana tahu kalau keluar sahaja dari pintu bas kang tak pasal-pasal ada yang bocor kepala dek lontaran “Jamrah” merejam syaitan ala ala menunaikan Fardhu Haji di GBK. Jangan terkejut kebanyakkan dari mereka menganggap sukan bola sepak atau pun pasukan kesayangan mereka adalah agama kedua mereka. Mereka hidup demi bola sepak dan pasukan mereka malah ramai sanggup bergadai nyawa bertempur dengan penyokong lain demi menjaga kemurniaan Kota Suci (merujuk pada Stadium Keramat masing-masing) daripada dimasuki atau dijajahi oleh musuh ketat mereka (penyokong lawan). Perlawanan liga di Indonesia, kalau perseteruan yang dasyat dikalangan kedua-dua penyokong, memang penyokong away tidak akan bertandang ke kubu pihak lawan dan sebaliknya. Boleh lihat sendiri banner “Persik is a Religion” jelas terpampang yang digantung di Stadium GBK semasa perlawanan akhir. Persik merujuk pada pasukan Persik Kediri dari daerah Kediri di Indonesia. Bagi yang suka hisap rokok Keretek Gudang Garam atau dikenali sebagai rokok Suria anda pasti tahu bukan? Rokok ini berasal dari Daerah Kediri. Kami diberitahu oleh supporters Arema Malang, mereka memboikot dan tidak sama sekali membeli dan menghisap rokok buatan orang Kediri kerana begitu benci  pasukan kediri dan penyokong Kediri. 



Pihak berkuasa memberi isyarat bahawa bas kami tidak boleh berhenti di luar perkarangan stadium kerana keadaan sangat tegang dan bahaya lantas menyuruh konvoi kami masuk terus ke dalam stadium sekali dengan bas. Pintu gerbang dibuka, lalu bas kami mula memasuki kawasan tepi padang stadium. Gila! Gila! Gila! Ini pertama kali dalam sejarah hidup aku sebagai penyokong bola sepak, pertama kali naik bas sebagai penyokong away terus masuk ke dalam padang! Mungkinkah ini yang pertama kali di dunia juga bukan? Selepas pemain kita yang pertama kali di dunia menaiki kenderaan Barracudas? Malaysia BOLEH!! Hahaha. Konvoi bas kami menurunkan pemain dan juga penyokong di tepi padang. Pendek kata, Stadium GBK ini banyak kali mencipta rekod dunia dalam sejarah bola sepak dunia amnya. Rakyat Indonesia patut berbangga kerana mereka berjaya mencipta rekod yang tidak mampu dipecahkan oleh mana-mana penyokong dan negara lain.


Bas kami memasuki padang GBK


Curva Sud kelihatan dari bas kami

Aku sempat juga memijak padang bola GBK lantas dimarah petugas di sana yang menyuruh kami segera ke tempat duduk penyokong. Petugas sana mengarahkan supaya kami duduk secara berkumpulan kerana keadaan sangat berbahaya dan walaupun ramai di antara kami tidak mempunyai tiket bahagian grandstand tetapi di arahkan juga ke arah kawasan  tersebut. Lagipun setelah bas memasuki padang, tiket kami masih cantik kemas tidak berkoyak lagi. Boleh simpan buat kenangan lagi tu. Dari tepi padang kami semua berjalan kaki menuju ke arah grandstand tersebut. Satu stadium mula bersorak dan “boo” kami. Kami ingat dikawasan grandstand ni tidaklah padat, tetapi macam Tin Sardin juga, ada dikalangan kami yang terpaksa berdiri juga apatah lagi orang Indonesia lain yang lambat masuk ke kawasan tersebut.  Tidak bermakna kami duduk dikawasan ini kami selamat dari provokasi dan cacian dari penyokong tuan rumah kalau dah nama GBK mana-mana sahaja serupa malah seorang pelajar Malaysia basah kuyup dibaling beg plastic berisi air teh. Itu dikawasan grandstand, cuba anda bayangkan kalau kami duduk dikawasan terbuka? Bagaimanakah respon mereka terhadap penyokong Malaysia? Ikut hukum datang tempat orang kan terpaksa lah buat “Pekak Badak” tak kan lah nak melenting tak tentu pasal pula bukan? Tak pasal-pasal pula keranda jenazah dikirimkan kepada ibubapa kami pula kelak. Malah kami diletakkan dibawah pengawasan khas, iaitu pengawal khas yang berbadan besar dan sasa dinamakan “Naga Sakti”.


Pengawal Naga Sakti yang berbadan sasa

Dari tempat kami, jelas kelihatan Curva Sud dan Curva Nod di kiri dan kanan kami, mereka mula menyanyi walaupun perlawanan belum bermula. Curva Sud dan Curva Nod kepunyaan Jakmania yang datang untuk menyokong pasukan kebangsaan. Boleh dilihat juga beberapa curva besar lain di tingkat dua kepunyaan penyokong kelab lain seperti Persik Kendiri, Arema Malang dan lain-lain. Tidak seperti di Section 1Q curva Ultras Malaya yang hanya seramai 4-5 ribu sahaja tidak seramai mereka. Sang Dirigen (panggilan Capo di Indonesia) mereka mengetuai puluhan ribu penyokong mengikuti aksi choreo nya. Curva Sud dan Curva Nord seakan-akan berlumba-lumba dan bersaing di antara satu sama lain dengan cara mereka tersendiri. Inilah padahnya apabila kumpulan penyokong itu tidak dapat disatukan oleh satu entiti seperti mana berjaya dilakukan oleh Ultras Malaya walaupun ditunjangi oleh ribuan penyokong dari seluruh pelusuk negeri Malaysia. Walau pun mereka tidak bersatu dan bekerjasama dalam chanting mereka, tetapi “Aura Neraka” GBK tetapi gelora buat pemain dan juga penyokong lawan yang bertandang. Sukar dinyatakan di sini, hanya mereka yang pernah menjejak kaki di sini sahaja yang tahu aura sebenar GBK! 


Aku lupa nama pelajar Malaysia ni tapi dia
antara yang kena baling botol dan bekas air minuman

Pemain kedua-dua pasukan mula memasuki padang, aku bisikkan pada Lutfi temanku. “Lutfi, tak kira. Kali ini aku nak berdiri dan nyanyi sekuat hati sepenuh jiwa semasa lagu negara berkumandang” kataku padanya. Aku nekad, sebab sewaktu perlawanan separuh akhir tempoh hari, kami bertiga hanya berdiri dan berdiam diri tanpa membuka sepatah kata kerana yang lain tidak bangun langsung. Ini dah masuk pentas akhir, aku nak menyanyi juga. Saat lagu Negaraku dimainkan, aku dengan Lutfi pantas memijak kerusi dan berdiri sambil merentangkan kain mafla masing-masing dengan penuh kebanggaan walaupun kami dimarahi oleh pengawal kerana kawasan tersebut tidak boleh pijak kerusi sesuka hati macam kawasan lain. Puas! Sangat puas dapat menyanyikan lagu kebangsaan tanpa perlu berpura-pura macam perlawanan separuh akhir. Hanya rakyat Malaysia sahaja yang bangun, penyokong yang lain seperti biasa duduk sambil membuat bising tanda protest terhadap Malaysia. Kemudian, lagu “Indonesia Raya” didendangkan, gempik gempita seluruh stadium, dengan nyanyian padu 150, 000 penyokong di dalam stadium dibantu pula oleh 200 000 lagi di luar stadium saat ini aku betul-betul kagum dengan semangat mereka menyanyikan lagu kebangsaan dengan lantang sekali, di mana yang ini kita perlu contohi semangat mereka. 



Bagaikan jantungku terhenti saat mereka menjaringkan gol dahulu. GBK bagaikan seperti mahu runtuh dengan jeritan dan sorakan ibarat macam mereka dah pasti menang pingat emas dah. Provokasi semakin galak, nyanyian “Maling” “Maling” “Maling” yang dimulakan oleh sekumpulan penyokong disambut oleh seluruh penyokong di GBK. Jaringan penyamaan dinamakan teknik “Tandukan terbang dagu menyembah bumi” oleh Asraruddin Putra Omar berjaya menenggelamkan sorakan padu mereka. Aku ibarat seperti lupa diri di mana ku bersama Pejal dan lutfi melompat dan meluruh ke depan. Aksi kami mengundang padah, apabila pejal telah diserang dan dicekik lehernya oleh seorang penyokong nasib baik tindakan pantas pengawal Naga Sakti Berjaya mententeramkan keadaan. Penyokong tu sebenarnya adalah orang kenamaan. Beliau datang bersama 4 orang bodyguardnya. Pelik bukan? Walapun bertaraf golongan elite tapi masih bertindak sedemikian rupa. Lantas aku, Pejal dan Lutfi berundur dan menjauhkan diri sedikit dari mereka kerana khuatir akan diserang lagi. Aku malas nak ulas lanjut pasal game, kerana anda semua sudah sedia maklum bahawa kita telah berjaya menewaskan mereka di gelanggang keramat mereka atau kota suci bagi penganut Bola Sepak Indonesia! Semasa jaringan Badrol Bakhtiar aku berlari berpelukan bersama Izzaq Faris, Syahrul Azwari dan Wan Zaharulnizam yang berada di bangku penonton.


Black dengan bangganya mengibarkan bendera Malaysia
Inilah satu-satunya sukan yang dipertandingkan di Sukan Sea di Indonesia, Negaraku berkumandang di awal dan akhir acara! Hebat bukan? Tamat sahaja upacara pemberian pingat, penyokong Malaysia terpaksa menunggu dahulu sehingga keadaan stadium lengang. Selepas lengang barulah kami dibawah ke ke lokasi bawah tanah stadium mengunakan laluan khas ke tepat bas kami. Semasa hendak ke situ, kami telah diserang oleh sekumpulan kecil penyokong Indonesia yang menjerit “Mana Ultras Malai! Ultras Malai!” mungkin mereka merujuk kepada “Ultras Malaya” kot?. Mereka meluru dan menolak aku dan Lutfi sebab kami berdua terpisah agak jauh dengan group kami yang lain. Kami cuba melawan tapi kerana dikelingi ratusan penyokong mereka kami tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka sempat sempat merampas bendera dan mafla dari seorang pelajar perempuan Malaysia, kami mula bertindak aggresif dan mereka mula melawan balik, mujur tindakkan pantas pengawal Naga Sakti sekali lagi   berjaya meredakan keadaan.


Kami dikurung di sini (ruangan khas bawah stadium)
selama 1 jam sehingga keadaan reda
Selepas keadaan reda di luar, barulah kami mula menaiki bas. Seperti cara kami masuk tadi, bas kami juga terpaksa masuk ke dalam untuk mengambil penyokong Malaysia. Kami masih lagi diarahkan untuk menutup tirai langsir , tutup lampu dan sesiapa yang memakai jersi dan baju Malaysia di arahkan untuk menanggalkan baju sementara sehinggalah bas berjaya keluar dari perkarangan stadium dengan selamat. Keadaan pulang seharusnya lebih parah, kerana pasukan mereka telah tewas, tetapi berlaku sebaliknya. Keadaan lebih terkawal berbanding petang tadi, kami diberitahu rupa-rupanya puluhan ribu yang lain pergi menunggu saat keluarnya pemain pasukan Harimau Malaya yang keluar mengunakan “Barracuda”. Kali ini kami pulang berasingan, bas kami di bahagian pintu selatan GBK manakala pemain dan pegawai Malaysia yang lain di pintu Utara. 


Aku dengan mafla Malaysia!
Pejal dengan mafla Ultras Malaya di GBK!
Kami selamat tiba di Hotel Sultan. Penyokong-penyokong lain telah mula pulang ke tempat penginapan masing-masing. Aku Lutfi, Pejal, Black dan geng ultras Malaya yang lain sabar menunggu ketibaan pemain Harimau Malaya untuk menyambut mereka. Ketika kami berkumpul di perkarangan Hotel Sultan, kawasan itu juga dipenuhi oleh para penyokong Indonesia yang lain. Mulanya kami memang tidak ambil peduli kerana yakin mereka ini bukan yang jenis aggresif sebab nampak muka macam budak-budak baik dan golongan elit Jakarta sahaja. Sebaik sahaja ketibaan pemain Malaysia dengan kenderaan istimewa mereka “Barracuda” kami mula menyanyikan lagu-lagu yang biasa kami nyanyikan di Curva 1Q Ultras Malaya. Seperti bait-bait lirik lagu kami “Tak Peduli Apa Orang Nak Kata” kami chant macam biasa kami buat di Malaysia tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, mungkin gembira sangat sampai terlupa kami diperhatikan oleh sekumpulan penyokong fanatik Indonesia. Setelah pemain dan pegawai turun untuk bertemu dengan Sultan Ahmad yang juga berada di Jakarta. Kami berjalan kaki ke luar untuk menunggu teksi. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi lebih sudah. Teksi di Hotel semuanya mengenakan bayaran 3 kali ganda, apatah lagi kami pelancong asing. Nak tak nak kenalah keluar dari hotel untuk perkhidmatan teksi yang lebih murah, lantaran itu kami terpaksalah berjalan kaki. Sedang elok sahaja kami berjalan kaki, tiba-tiba kami dikejar oleh puluhan penyokong Merah Putih, yang menjerit “Maling” “Itu dia supporters Maling” dari luar pintu masuk Hotel Sultan. Kami cuba melawan, si Pejal dan Black sempat baling batu dan botol ke arah mereka. Tapi selepas itu makin ramai pula yang mengejar kami. Kami hanyalah 5 orang lagi teman-teman lain sudah lama pulang ke Hotel, mereka berpuluh-puluh mungkin beratus-ratus lagi akan datang dari belakang, apa lagi pecut seribu langkah kami balik semula ke kawasan Hotel Sultan dengan sepantas yang boleh. Insiden itu nasib baik dilihat seorang supir (pemandu) teksi yang berehat berhampiran lokasi kejadian, lantas menjerit menyuruh kami menaiki teksinya. Kami berlari menaiki teksinya dan beliau terus memecutkan keluar ke jalan utama melalui pintu belakang. Berapa biji batu sempat mengenai cermin belakang teksinya dan terdapat sedikit keretakan. 



Salah kami juga, yang terlupa untuk menyalin pakaian jersi Malaysia dan menyimpan mafla sebab itu dikesan oleh mereka. Supir itu pusing jauh untuk hantar kami ke kawasan hotel kami kerana keadaan di Jakarta masing lagi padat dengan kebanjiran penyokong merah putih. Rupanya supir itu, pernah bekerja 15 tahun di Malaysia di kilang kayu. Dia kata dia suka Malaysia, dan dia tahu rakyat Malaysia sememangnya baik-baik belaka tidak seperti digambarkan di media massa Indonesia. Tambahnya lagi, keadaan di sini dikeruhkan oleh media massa yang sering kali mempermainkan sentimen kebencian demi kepentingan pemimpin politik untuk meraih sokongan di kalangan rakyat supaya mereka terus berkuasa. Apabila pemimpin itu, bercakap pasal sentimen nasionalisme yang merujuk pada isu yang dimainkan media massa mereka barulah rakyat suka dengan lagak mereka. 



Kami selamat pulang ke Hotel. Masing-masing kelaparan, nak keluar hotel pun malas dan penat tambahan pula sangat bahaya andai mereka yang kejar kami sebentar tadi cam muka kami yang membaling batu dan botol kat arah mereka tadi khuatir perkara buruk akan menimpa, mana tahu bukan? Kami sekadar memesan perkhidmatan Mc Donalds delivery sahaja. Kami selamat pulang ke Malaysia keesokan harinya. Pengalaman menjejakkan kaki ke Stadium GBK, satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apatah lagi Malaysia berjaya memenangi pingat emas di depan mata kami sendiri. Walaupun hanyalah sekadar Juara di Rantau Asean tapi ia tetap memberikan makna besar buat kami semua dan seluruh rakyat Malaysia!


Selain itu banyak lagi perkara yang kami boleh belajar dari mereka bagaimana untuk memajukan pergerakkan ultras malaya kami. Aku ambil contoh Jakmania di Jakarta, mereka mempunyai kedai yang menjual segala jenis barangan tentang pasukan kelab mereka dan juga persatuan mereka di setiap wilayah di Jakarta, malah mereka ada beberapa kedai rasmi di pusat membeli-belah terkenal. Pengurusan mereka memang terbaik. Aku masih ingat lagi ada satu insiden pergaduhan selepas perlawanan separuh akhir sesama mereka, selepas mereka menang ke atas Myammar berhampiran Plaza Senayan. Bunyi ambulan dari jauh kedengaran rupanya yang datang ialah van ambulan Jakmania aku ingatkan dari Hospital swasta mana tah. Lihat,  mereka siap ada perkhidmatan ambulan mereka sendiri. Mereka juga mempunyai pengawal-pengawal mereka sendiri yang bertindak seperti Polis yang mengawal situasi tegang andai tercetus huru hara di dalam dan luar stadium. 


Untuk next trip, kalau ada rezeki bertemu lagi dalam Piala AFF tahun ini di Jakarta, Ultras Malaya merancang nak nak bawa komrad yang lebih besar sekitar 100 orang. Ada berani??? Ikuti bahagian seterusnya, kami menerima tetamu yang berkunjung ke Malaysia bulan lepas, Sang Dirigen terkenal dari Arema Malang, Yuli Sumpil bersama pengarah filem Romeo Juliet Indonesia, Andi Bachtiar Yusof. Kami diberitahu bahawa rupa-rupanya, mereka yang ke GBK tempoh hari ni bukan penyokong tegar dan ultras Indonesia yang kebiasaannya. Kebanyakannya daripada mereka memboikot gara-gara kebencian terhadap pengurusan PSSI termasuklah dari pihak Jakmania dan juga Aremania. Bayangkan kalau penyokong tegar Indonesia dan ultras mereka yang turun tempoh hari? pasti lebih dasyat bukan?


- ARIF -