Orang Malaysia ini, mereka suka gaduh sama sendiri.
Tapi
kuat manapun mereka gaduh sama sendiri, tak boleh lawan gaya orang Thai gaduh
sama sendiri. Orang Thai gaduh dia bawa kereta kebal masuk Bangkok. Orang kita
habis kuatpun pecahkan Waja saja.
![]() |
| Pecah kan Waja?K |
Lagi
satu sifat orang Malaysia ini, dia suka benda-benda yang bunyi eksotik. Kalau
cari bomoh dia tak mahu cari yang tempatan. Mahu cari bomoh Siam, lagi ‘power’.
Walhal orang Siam cari bomoh Kemboja, macam dalam filem Long Khong. Orang
Kemboja pula kena cari bomoh Chinalah agaknya. Orang China cari bomoh Kutub
Utara.
![]() |
| Bomoh Siam? K |
Bila orang Malaysia suka benda-benda yang bunyi eksotik, maka mereka minatpun
pemain bolasepak yang memiliki nama eksotik. Kalau tak percaya, tengok sahaja
masa Euro 2012 nanti. Ramai warganegara Jerman berkulit sawo matang akan pergi
ke mamak-mamak berhampiran anda nanti. Kalau dahulu di Bangsar, siap cat muka
lagi.
Kalau
di peringkat Asia Tenggara, bila dengar sahaja pasukan Filipina akan turunkan
sembilan pemain berpangkalan di Eropah, wah, bukan main cerita lagi. Tiba-tiba
macam Filipina itu sudah jadi kuasa besar bolasepak Asia Tenggara. Walhal belum
menang satu habukpun. Vietnam pernah jadi juara tak pernah pula dapat liputan
sebegini meluas.
Begitu
juga Thailand. Thailand: juara tiga kali Piala AFF, naib juara dua kali Piala
AFF. Malaysia sudah berapa kali juara? Sekali. Naib juara? Sekali.
Dalam
keghairahan memperkatakan betapa Indonesia, Singapura dan Filipina sudah
menaturalisasi berbelas-belas pemain asing, mungkin kita sudah terlepas pandang
Thailand. Thailand ialah kuasa bolasepak sebenar Asia Tenggara. Thailand tidak
pernah lemah.
Semasa
kita menang Piala AFF 2010, kita tidak menang bila lawan Thailand. Indonesia
menangpun dengan dua penalti. Di stadium sendiri. Lawan Thailand yang bermain
dengan 10 orang.
![]() |
| Juara? Jap... Kita menang ker lawan Thailand? |
Kita
mampu mendabik dada sebagai raja Asia Tenggara di peringkat Sukan SEA dan Piala
AFF sekarang. Tetapi bagaimana pula di peringkat luar Asia Tenggara? Tatkala
Indonesia dan Singapura dengan angkatan-angkatan Mat Celop mereka tumpas
kesemua perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia, Thailand ialah
satu-satunya wakil Asia Tenggara yang mampu mencatat kemenangan: 3-0 ke atas
Oman, pasukan yang akhirnya layak daripada kumpulan D. Pasukan lain yang layak
ialah Australia, satu-satunya pasukan yang berjaya menumpaskan Thailand home
dan away. Itupun menang 1-0 dan 2-1 sahaja. Satu lagi pasukan di dalam kumpulan
Thailand ialah Arab Saudi yang dibimbing Frank Rijkaard. Arab Saudi berjaya
diikat 0-0 oleh Thailand.
Kita
lawan Australia kena titik kaw-kaw 5-0.
![]() |
| King of Southeast Asia? K |
Mungkin
Thailand sudah belajar daripada kesilapan terpengaruh dengan nama-nama eksotik
seperti Bryan Robson. Kini Thailand tidak hairan dengan Australia. Thailand
idak hairan lagi dengan nama seperti Frank Rijkaard.
![]() |
| Louis Vuitton atas sampan. Gambar daripada Barbara Hollweg. |
Nama-nama
eksotik hanyalah nama: tidak ubah seperti jenama-jenama Louis Vuitton dan
Lacoste yang dicetak rompak di Thailand. Barangan-barangan cetak rompak ini
sentiasa memiliki pelanggan di kalangan khalayak pemuja jenama di Malaysia. Yang
beli ialah pemuja jenama Malaysia, yang kayanya orang Thailand.
Dan pada Piala AFF 2012 nanti, ketika Indonesia, Filipina dan Singapura sibuk memperagakan warga-warga celup lagi eksotik mereka, Thailand akan bersiap siaga secara senyap-senyap. Apabila permainan bermula, barulah Thailand akan menunjukkan ‘kad’ yang disimpannya.
Dan pada Piala AFF 2012 nanti, ketika Indonesia, Filipina dan Singapura sibuk memperagakan warga-warga celup lagi eksotik mereka, Thailand akan bersiap siaga secara senyap-senyap. Apabila permainan bermula, barulah Thailand akan menunjukkan ‘kad’ yang disimpannya.
Bacary
Sagna menyifatkan teman sepasukannya di Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain boleh
menjadi “joker in the pack” bagi England di Euro 2012.
Di
Piala AFF 2012, gelaran “joker in the pack” ialah milik Thailand.
Pautan asal milik Rimau XI di blognya : http://rimauxi.wordpress.com/pra-piala-aff-2012-joker-in-the-pack/
Kritik-kritik
juga, kita kritik untuk kebaikkan barulah mencerminkan kami ni bukan penyokong
dangkal yang menyokong memBABI buta tanpa sebab seperti kebiasaanya orang ramai mengata-ngata yang kami ni terkinja-kinja walau kalah dan menang, nanti naik lemak pulak pemain dan
pasukan Harimau Malauya. Walaubagaimanpun sokongan dan sorakkan padu tidak
pernah kami tinggalkan untuk MALAYSIA. Serang Jalan Besar Jumaat ini, kami
tetap turun! Ayuh ULTRASSSSS!!!










0 comments:
Post a Comment