About

Friday, 23 December 2011

ULTRAS DI ITALI DAN PENGARUHNYA TERHADAP TERES-TERES DI SEKITAR SERIE A

ULTRAS: merupakan sebuah subjek yang sehingga kini masih kekal menjadi sebuah isu yang sentiasa hangat diperkatakan bila berbicara mengenai Bolasepak Itali. Antara perkara yang sering diperkatakan mengenai ULTRAS dan menarik minat seantero dunia untuk bercakap mengenainya ialah berkenaan 'kuasa istimewa' yang dimiliki ULTRAS tidak kiralah terhadap kelab bola sepak mereka sendiri ataupun ke atas seluruh Semenanjung Itali.

Tambah menarik, tindak-tanduk ULTRAS yang dilihat seolah-olah cuba 'menghalau' segelintir penyokong lain daripada berkunjung ke stadium dengan beberapa siri kekerasan tetapi pada masa yang sama menarik penyokong ke stadium dengan menggunakan Tifoyang dipersembahkan setiap kali sebelum sepakmulanya perlawanan menjadikan ULTRAS itu sebagai sebuah subjek yang cukup menarik dan sukar untuk difahami sesetengah pihak yang akalnya terletak dikepala bana mereka.

Ultras Granata Torino

Keganasan yang dilihat sebagai biasa-biasa sahaja bagi ULTRAS
Namun begitu, dengan pengaruh politik yang saban hari semakin ekstrem pada sesetengah kumpulan ULTRAS serta kebencian yang meluap-luap terhadap kerajaan menimbulkan persoalan samada ULTRAS itu mampu untuk bertahan dalam arus pemodenan dan globalisasi yang semakin pesat membangun dalam abad ke-21 ini. Antara persoalan yang sering ditimbulkan ialah "Setiap pasukan bola sepak di Itali mempunyai ULTRAS tetapi adakah setiap pasukan bola sepak di Itali ini memerlukan ULTRAS?"

ULTRA dalam bahasa Latin bermaksud untuk menjadi sesuatu yang melampaui batas-batas yang sedia ada. Berpegang kepada maksud ULTRA itu sendiri, ianya menjadikan ULTRAS sebagai gerakan yang mempunyai semangat cintakan pasukan pada tahap yang cukup kuat serta passion yang cukup menggila terhadap pasukan kesayangan mereka. Itu adalah definisi umum yang setiap kepala bana yang mampu menaip perkataan ULTRAS menggunakan papan kekunci komputer riba mereka dengan bantuan enjin carian google. Apa yang kepala bana-kepala bana ini tidak tahu ialah bagaimana setiap ULTRAS itu berbeza-beza pegangan akidah dan pembawakan dirinya apatah lagi tahap kegilaan sesebuah kumpulan.

Sebagai contoh, majoriti ULTRAS di Semenanjung Itali berpegang kepada aliran politik berhaluan kanan dan hanya segelintir sahaja yang melawan arus dengan berpegang kepada ideologi Left Wing; antaranya Bologna dan Livorno. Seperti yang dijelaskan pada awal karangan ini, pandangan dan pengaruh politik berhaluan kanan ini adalah sangat ekstrem dan ianya mampu dilihat dengan mata kasar di setiap stadia diseluruh Itali.

Sebagai contoh lagi, apa yang sering diperjuangkan puak-puak berhaluan kanan ini di stadia ialah mengenai idea "Patria" yang mereka pegang. Patria, bukan Pariah, ialah sebuah konsep yang merujuk kepada tanah air yang mana didiami oleh segelintir umat yang mewarisi tanah tersebut dari generasi terdahulu. Apa yang sering diperjuangkan golongan berhaluan kanan ini ialah betapa makin kurangnya tahap kebanggaan rakyat Itali dalam bergelar seorang rakyat Itali. Bagi mereka, rakyat Itali masa kini kelihatan seperti tidak berbangga dan tidak bersyukur untuk hidup di sebuah negara seperti Itali. Dan seperti aliran politik lain, mereka menyalahkan model kepelbagaian kaum dan perpaduan yang dibawa kerajaan mereka sebagai punca utama gejala ini berlaku.

Berhenti panggil saya Negro di Merda!

Pemandangan biasa di Stadia-stadia di Itali. Roma


Menurut mereka lagi, bagi memastikan keamanan dari sudut sosial sesebuah masyarakat itu dipelihara, identiti sesebuah negara itu perlulah terlebih dahulu dihormati dan diletak pada tahap yang sepatutnya. Mereka juga sering menjadikan United Kingdom sebagai contoh betapa kerajaan yang cuba mengamalkan toleransi terhadap rakyat berbilang kaum, akan sentiasa mengambil pendekatan menyebelahi rakyat berbilang kaum berbanding 'penduduk asal' UK yang akhirnya mampu mewujudkan keadaan sosial yang tidak seimbang.

Di teres-teres di sekitar Itali, 'kebimbangan' puak-puak berhaluan kanan ini terhadap isu sosial berkaitan "Patria" ini mampu dilihat dalam isu berkaitan Mario Balotelli ketika beliau masih berhingus dan bermain untuk Inter Milan. Beliau terpaksa berhadapan dengan "Racists Chants" setiap kali bermain dan untuk perlawanan menentang Juventus, Roma dan Chievo yang mana ianya pasti merupakan sebuah pengalaman yang 'istimewa' untuk 'negro di merda' ini.


Anehnya, ULTRAS di Itali jarang sekali melihat gerakan mereka itu sebagai sebuah gerakan yang berpegang kepada ideologi perkauman atau racists. Apa yang lebih menarik, ULTRAS juga dilihat sering kali cuba untuk menjauhkan diri daripada tuduhan racists yang mana sebenar-benarnya, mereka memang agak racists.

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan kumpulan ULTRAS mula diwujudkan bermula dari sekitar tahun1970 sehingga 1980. Era ini memang cukup terkenal sebagai era of social unrest di Itali yang mana kebanyakan protes terhadap isu sosial sering kali berhubung kait dengan keganasan politik sering berlaku. Atas sebab itu jugalah yang mempengaruhi keganasan yang dicetuskan ULTRAS dalam perkembangan awal pergerakan ini. Begitu juga dengan pergaduhan atas sebab bola sepak yang sering berlaku. Dan beberapa siri keganasan terutamanya yang berprofile tinggi telah membuatkan keluarga-keluarga Itali yang mempunyai anak-anak kecil mengambil keputusan untuk tidak lagi berkunjung ke Stadia.

Sebagai contoh, kes pembunuhan penyokong Genoa, Vincenzo Spagnolo, yang ditikam sehingga mati oleh penyokong AC Milan sebelum pertemuan Genoa v Milan pada 26/01/1995 di luar Stadium Luis Ferraris. Tidak cukup dengan itu, kes kematian Filippo Raciti, seorang anggota polis yang bertugas sewaktu Sicilian Derby dan kematian Gabriele Sandri akibat keganasan polis sewaktu cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Lazio dan Juventus.

Gabriele Sandri; gaya seorang Disc Jockey
Selepas berlakunya siri keganasan tersebut, pada 2007, kerajaan Itali telah meluluskan undang-undang yang bertujuan menghadkan bilangan ULTRAS yang boleh berkunjung ke tempat lawan pada setiap perlawanan disamping mengharamkan flare, bunga api serta menambah bilangan anggota keselamatan untuk setiap perlawanan.

Persoalannya disini, adakah ULTRAS secara keseluruhanya adalah jahat?Adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa ULTRAS sedikit sebanyak telah berjaya mencipta sebuah atmosfera yang tidak mungkin dapat diwujudkan dimana-mana sahaja tempat di dunia ini melainkan di stadium itu sendiri dengan pre game choreographed displays atau lebih dikenali sebagai tifo. Atmosfera dan tifo-tifo ini pada sekitar 80-an dan awal 90-an merupakan sesuatu yang tiada tandingannya oleh liga-liga popular di kedai mamak masa kini tontonan geng-geng kepala bana (merujuk pada Sang Bana yang mengelar kami Bana dahulu), English Premier League mahupun La Liga.


Juga pemandangan biasa di stadia-stadia sekitar
semenanjung Itali
Sejak Tragedi Heysel yang mengorbankan 39 nyawa yang tidak berdosa, ULTRAS sentiasa melihat gerakan mereka itu sebagai pelindung kepada penyokong biasa. Lebih dari itu lagi, ULTRAS melihat mereka ini sebagai 'pelindung' kepada bola sepak Itali. Mereka menentang bola sepak yang dikuasai wang ringgit, pound mahupun euro seperti yang terjadi kepada bola sepak Inggeris kini. Mereka juga turut berjuang dalam mengetatkan kuota pemain import ke Serie A yang mana akan memastikan bakat-bakat muda Itali terjamin dalam beraksi di liga kebanggaan mereka.

Kesimpulanya, ianya adalah sesuatu yang mustahil untuk mengasingkan terus ULTRAS dan bola sepak Itali kerana setiap warga Itali itu begitu mencintai bola sepak mereka lebih daripada segala-galanya.

Freedom to Palestin oleh Gate 15 Panathinaikos

Nukilan asal adalah hakmilik Komrad BGB, Source : BGB Official Web

Wednesday, 14 December 2011

KOMUNITI PENYOKONG

Dalam bolasepak banyak komponen dan elemen yang mempengaruhi sebuah pasukan menjadi juara dan berprestasi baik bahkan sebaliknya. salah satu elemennya adalah penyokong. Sudah kita ketahui bersama penyokong memainkan peranan penting sebagai pemain ke-12 yang membentuk dan membuat suasana yang menarik, menyenangkan bahkan mengagumkan dan yang paling buruk adalah 'meresahkan bagi masyarakat umum'.

Aksi Ultras Malaya ketika Malaysia menentang Myammar di SSMIV Kota Bharu Credit to :  Chiqah Photography
Dinamik sokongan kelompok penyokong ini memang sangat kompleks dan berbagai-bagai dalam membentuk serta memberikan sebuah sokongan terhadap pasukan kesayangannya. seiring dengan perkembangan teknologi globalisasi sekarang ini muncul beberapa komuniti yang mendedikasikan sepenuh jiwa raga mereka untuk bolasepak Malaysia, Masing-masing berusaha memperjuangkan mentaliti dan ideologi mereka supaya mendapat perhatian umum kerana kesungguhan dan usaha mereka demi menyokong Malaysia secara tidak langsung berkongsi idea dan informasi tentang bolasepak negara. Dengan modal populariti inilah mereka berfikiran positif, inovatif dan kreatif untuk memberi sokongan kepada Malaysia pada masa hadapan.

Dengan kewujudan dan kesetiaan yang ada dengan sendirinya lahir berbagai idea baru yang tujuan utamanya adalah memberikan sokongan untuk skuad Harimau Malaya yang sama-sama dicintai ini. Kewujudan komuniti sekarang ini adalah bentuk ekspresi kecintaan dan kebanggannya terhadap bolasepak Malaysia bukan hanya hadir di setiap perlawanan tetapi berekspresi melalui alam maya.dengan menggunakan medium inilah komunikasi antara penyokong Harimau Malaya terjalin dari Malaysia sehingga ke seluruh dunia. Media online ini sangat bermanfaat sekali buat penyokong dan pencinta bolasepak Malaysia yang lainnya kerana informasi serta berita yang terkini ada di media ini.

Medium ini dapat merangkul pecinta bolasepak yang tidak berkesempatan menonton perlawanan, luar bandar dan lebih membanggakan lagi dari luar negara, mereka memberikan sokongan. melalui wadah ini mereka berekspresi, berinteraksi dalam memberikan ucapan sokongannya.

Semakin banyak komuniti terbentuk dan membuat kreativiti yang positif untuk bolasepak Malaysia, semakin besar kebanggaan dan kecintaan kita terhadap pasukan ini. Berikan yang terbaik buat MALAYSIA dengan kemampuan yang kita miliki tanpa mengharapkan pulangan yang kita akan dapat tapi mari kita saling berkreativiti untuk menyokong prestasi terbaik untuk Malaysia. Kerana dengan kreativiti kita dapat membuat seluruh masyarakat mencintai bolasepak Malaysia dan hilangkan pikiran dan perasaan negatif terhadap sesama penyokong. Mari menyokong Malaysia dengan hati.

Dengan kewujudan komuniti yang solid diiringi dengan karya dan kreativiti yang positif, mudah-mudahan akan terciptanya sebuah energi yang juga positif sehingga menjadikan nilai yang paling mahal buat para pemain, kerana pemain akan merasa dihargai, diminati bahkan diidolakan.. Dengan keadaan dan perasaan seperti ini akan membuat semuanya bangga dan memotivasikan diri para pemain untuk memberikan yang terbaik buat Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak dinafikan didalam sseebuah komuniti tersebut terdapat beberapa individu yang memiliki cara atau kegiatan tersendiri untuk mengekspresikan kecintaannya,pendapatnya,mahupun rasa bangganya terhadap suatu kelompok tersebut. Dalam hal ini ,kita dimana dalam kelompok penyokong itu sendiri terdapat pelbagai ragam yang tak mungkin dapat dihindari terjadinya perbezaan dalam cara mengungkapkan rasa cintanya terhadap bolasepak. Yang masyarakatnya dalam satu komuniti yang sama juga (Homogen) masih terdapat perbezaan. Tapi tetap perbezaan itu untuk menyatukan semuanya satu tujuan untuk kebangkitan bolasepak Malaysia.

Bagaimana menyatukan mereka dalam satu wadah. Pastinya sulit, menyatukan 2 fikiran otak manusia sahaja begitu payah, inikan pula dengan menyatukan puluhan bahkan ratusan komuniti tersebut.Menurut pendapat peribadi saya biarkan saja mereka ada, biarkan mereka dengan caranya masing – masing, kerana intinya sama untuk satu tujuan.

Yang ingin saya tekankan disini, dimana akhir – akhir ini KITA yang katanya mengaku sama – sama SATU TUJUAN UNTUK MALAYSIA, tapi berada didalam komuniti yang berbeza kenapa saling menjatuhkan, saling mengejek, saling menghina, merasa diri dan komunitinya paling benar? Hemat saya tak perlulah kita melakukan hal tersebut, walau kita ada di kelompok manapun, ingatlah bahawa kita berangkat dari rasa yang sama ,rasa kecintaan kita, kebanggaan kita terhadap Malaysia, yang perlu dilakukan adalah bagaimana saling menjaga keutuhan diri masing – masing tanpa memecah belah komuniti lain sehingga mendatangkan tanggapan buruk terhadap diri sendiri.

Setelah dari semua komunii yang ada tidak saling membesarkan egonya masing – masing dari situlah sebuah kekuatan dan kesetiaan terhadap Malaysia lahir dari diri sendiri ataupun dari komuniti itu akan timbul dengan sendirinya. Sebenarnya mengenai tolak ukur suatu kesetiaan sesorang terhadap apa yang dicintainya bersifat abstrak, setiap individu ada penilaian masing – masing tentang erti 'KESETIAAN' dan ditulisan ini menurut pendapat saya bersifat peribadi.Menurut saya 'kesetiaan' itu adalah segala cara dan upaya seseorang untuk mengungkapkan kecintaanya terhadap sesuatu, ada yang sampai rela mengikuti apapun yang dia cintai itu,adapula yang terhad setakat yang termampu dan mengikut kesesuaian apa yang dimilikinya. Pun begitu, amatlah tidak wajar untuk kita mempertikaikan tahap 'kesetiaan' seseorang hanya kerana cara mereka berbeza.

"RASA CINTA TERHADAP APA YANG KITA CINTAI MESTILAH LEBIH TEBAL DARIPADA APA YANG KITA BENCI, JIKA TIDAK KITA MEMANG SEORANG YANG BERMASALAH"

- FREDDIE MARCIANO -

SIAPA ITU ULTRA??? BAHAGIAN KEDUA

Baru aku perasan yang agak berat nak tulis tentang ultra ultra ni. Aku nak tulis perkataan ultra pun takut. Aku gagahkan diri juga. Kali ni aku tambah lagi dua isi aku. Pernah satu ketika aku harap yang sokongan cara ultra ni menjadi satu cara penyokong meluahkan sokongan mereka terhadap pasukan itu atau team itu sendiri. Tetapi aku sudah rasa harapan aku itu hilang sedikit demi sedikit. Mengapa aku kata begitu ? Mari aku cerita. 


Ultra hanya ramai ketika diatas , sedikit ketika ditengah , hilang ketika dibawah.
Mungkin orang akan kata ,

'Kau memandai je cakap ultra sikit ketika ditengah. Habis time lawan Bahrain tu apa ? Walaupun Malaysia kalah kepada Syria sebelum tu , makin bertambah je aku tengok'.

Okay abang , saya akui ye bertambah. Tetapi bagi yang mengikuti Liga Malaysia , dimana mereka ini semua dikala pasukan negeri mereka main ? Kalau di Negeri Sembilan , ultra hanya ramai ketika Semi-final Piala FA. Even ketika suku akhir pun tak ramai mana. Dimana abang abang sekalian ketika di pertengahan Liga Super ? Dimana abang abang semua ketika Negeri Sembilan dicop belasahan ? Dimana abang abang semua ketika Negeri Sembilan jatuh sedikit demi sedikit ?

Abang , tengok dari jauh ke ? Kenapa malu nak join ? Kerana pasukan kalah ? Kerana Negeri Sembilan dicop pasukan belasahan ? Even last game Liga Super pun , tak ramai seperti dijangka kan. Ketika Semi Final Piala FA, gah masing masing. Abang abang semua pandang adik adik macam saya ni hina sangat. Konon kami ni hanya join untuk suka-ria. Saya hanya tunggu dikala Negeri Sembilan terumbang ambing , abang dimana ketika itu. Mungkin sibuk menghisap cerut , makan malam bersama keluarga di Syafiqah Tomyam atau sibuk melepak bersama kawan menonton Twilight : Breaking Dawn Part II. 


Merendahkan orang yang menonton Liga Luar Negara
Adik ada juga perasan golongan ini. Mereka akan kata ,


'Luar negara kau support , dalam negara kau tak support'

Siapa anda untuk menilai mereka sebegitu rupa ? Ya mereka memakai baju Menyu , Mensiti , Celsi , Asenel tetapi mungkin mereka berhati Malaysia juga. Adik tak suka orang memaksa maksa ni. nanti jiwa yang datang dari hati kita sendiri , tiada. Ambil contoh , rakan anda selalu paksa anda masuk golongan ultra. Jika tak masuk , nanti dikata ketinggalan zaman. Percayalah , jika anda masuk kerana dipaksa , anda akan rasa yang ultra dan anda tidak masuk. Jika anda jenis pemakan kuaci , teruskan. Mungkin suatu hari anda akan dapat 'hidayah' tentang ultra .

Maaf , lari topik sekejap. Jika anda die-hard luar negara , teruskan tetapi dalam masa sama ambil juga tahu tentang Liga Malaysia. Mungkin anda tak mampu menyokong kesemua game , home and away tetapi atleast anda ada pergi stadium dan bersorak untuk pasukan negeri anda sendiri. Ada orang yang dia die-hard luar negara dan dalam negara. Bagi adik , luar negara ni boleh dinilai permainannya. Cantik , kemas , teratur. Berbeza dengan dalam negara yang tidak seteratur luar negara. Tetapi , minat anda terhadap dalam negara akan bertambah jika anda ambil tahu tentang pasukan negeri anda. Luar negara bukan tanah tumpah darah kita.

Ultra , suatu perkataan yang anda tak patut busukkan.
Ultra , suatu perkataan yang anda tak patut manipulasikan untuk kepentingan sendiri.
Ultra , tiada siapa tahu akan maksudnya yang sebenar dan orangnya.

SIAPA ITU ULTRA??? BAHAGIAN PERTAMA

Macam selalu orang cakap , ultra itu tiada nama . hanya kawa mengenalinya . itu bagi aku typical statement yang dicelup dari ultras-tifo.net . bila tanya , itu orang akan jawab . mungkin orang itu sendiri ambil dari page 'ultras-ultras' . Kebelakangan ini , nama Ultras Malaya naik . angkara media dan sebuah portal bolasepak . media telah mengangkat UM sebagai 'scene' penyokong yang baru . portal itu pula menghentam UM kerana panggil orang tak patriotik ketika Malaysia kalah kepada Bahrain temph hari .

Ini pendapat aku . portal itu tak salah sepenuhnya cuma ayat dia yang mencengkam jiwa . aku sendiri ikuti portal itu . sebenarnya mungkin bukan semua dalam UM kata penyokong lain tak patriotik , tapi macam kata pepatah - setitik nila , rosak susu sebelanga . begitu juga jadi padas UM . mungkin yang cakap tu konon nak dabik dada bahawa dia seorang yang patriotik kerana stay sampai 90minit . 

Come on , siapa yang tengok Menyu vs Mensiti tempoh hari juga tahu yang fans Menyu ada yang dah tinggalkan game ketika dah kena 1-4 . time kena 1-6 jangan cakap lah . selalu game game BPL puna fans akan tinggalkan game jika pemain dan pasukan itu bermain teruk . siapa tak sakit hati kalau main tendang ikut sesuka hati , pass merewang , defend macam kartun dan sebagainya . mereka bayar RM20 mengharapkan sinar harapan tapi itulah , takde rezeki . 

Yang dah lama dalam scene UM juga tak boleh buat apa . nak taknak , kena hadap . but atleast people now know who is Ultras Malaya and other ultras . ni mukadimah . aku nak ingatkan sikit je tentang hal patriotik tu .

Okay , who is ultra ? tiada orang tahu . ini pesanan dari aku yang tak sampai setahun dalam scene ni . ibarat masih me-nenen . 

Jangan claim anda ultra 
Tak perlu nak claim anda ultra , tak perlu nak merendahkan neutral fans yang lain . ultra sangat ke sampai fans yang sama sama sokong pun kau nak rendahkan ? kau nak meramaikan orang dalam gerakan ni tapi kau membanakan pemakan kuaci , pemaki dan sebagainya . aku lebih rela dengar orang memaki dari dengar air-horn tu . pemakan kuaci dan pemaki tu semua lagi setia dari kau sebenarnya . ada yang baru berumu 20an tapi nak marah marah kat pakcik yang 50an . apa yang kau tahu pasal scene bolasepak Malaysia selain join ultra ? mungkin tanya pasal Bekamenga pun kau terpinga pinga . aku kelaskan kau sebagai bangang sombong .

Tiga cores - Disiplin , Jiwa , Kerjasama 
Takde salah satu , ranap . kau takde displin , merewang sana sini lompat dan sebagainya tanpa ada gerakan terancang , adakah nampak cantik gerakan tu ? kau datang tapi setakat tepuk tepuk lemah , keluar suara macam budak demam panas , adakah cukup ? kau datang awal tapi bantai makan burger kurang timun , daging mentah tapi mahal tu semua , bila orang panggil kau untuk tolong bawak flag dan gendang , kau bantai buat buat sakit perut dan perlu ke tandas kerana kononnya najis kau sedang meleleh . kerjasama ke tu ? 

Setakat ada baju , tapi jenis pemalas semuanya , elok kau pancutkan baka tak elok kau dan buang di atas baju tu . kau beli lah baju seluruh dunia sekalipun tapi tiga benda atas ni kau takde , baik kau simpan duit tu beli perkakas dapur . mungkin ada yang boleh ditambah lagi tapi tiga ni penting . 

Masuk untuk popular 
Yang ni bangang . serius bangang . kau masuk , amek gambar kau sendiri guna camera 3.2megapix kau then upload kat facebook . muka wajib bermafla . kemudian caption - saya ahli ultra . kau pikir ni apa ? realiti show ? kau nak popular , pergi masuk Anda Ada 60 Saat . aku tak kisah kalau kau bermafla untuk elakkan asap tapi ada yang bermafla kat rumah kemudian masukkan dalam album mobile uploads dekat facebook . bila dekat curva , suara hilang . demam panas mungkin .

Kalau nak gambar cantik , duduk dekat tengah curva tu dan amek gambar . shot yang menarik . lately , ramai amek gambar macam tu . tapi bila babitkan ultras negeri , kau tak berani amek gambar macam tu sebab orang yang join sikit . kau hanya duduk di hujung hujung dan buat buat tak kenal orang . bila time UM , habis semua orang lama kau kenal . join ultras negeri , besarkan ia macam UM . be among the people who make the culture grow . 

Aku rasa ini sahaja kot aku nak tulis buat masa ni . kalau ada apa apa pertambahan , aku buat part two . ubah sebelum terlambat .


Tuesday, 13 December 2011

BILA DAUD GHANI MULA BERSUARA (BAHAGIAN 1)

Assalamualaikum dan salam 1 bana kepada semua. Daud terpanggil untuk menulis satu dua ribu perkataan harini setelah melihat kepincangan yang berlaku dalam institusi penyokongan dan penontonan bola sepak tempatan yang berlaku secara berleluasa saban hari. Daud, semestinya menulis di dalam ni untuk mempertahankan apa dia budak-budak loncat serupa monyet di dalam stadium ni yang di label sebagai kepala bana stadium. Hujung-hujung orang kata. Elok lagi dari mendapat tempat berbulu pubis mahupun skrotum. Maknanya kumpulan joget lambak ini berada di depan sekali. Okay mengarut sudah Daud ni. Mari kita kembali ke tajuk asal. Apadia Ultras Malaya ni? Apa silap kami sampai ada yang menge-fuck kami? Eh, eh, ikut lah diorang. Itu hak diorang. Kalau tak bagi, nanti di usul pula kepada Hak Asasi manusia. Elok sangat ah tu. Sudah nye nak pergi stadium pun kena kais pagi pergi pagi, ini pulak nak kena saman? Imposibruu!

Sebelum mempertahankan apa orang kata dekat kami, Daud terlebih dahulu nak mintak maaf sangat lah apa benda yang budak-budak ni dok mengata kat korang. Pasal patriotik ke, pasal kuaci ke, pasal berdiri ke, pasal tiket ke. Daud ada terdengar ada orang kata yang Ultras Malaya ni dah sell out habis sejak akhir-akhir ni. Dulu lagi pure katanya. Ah sudoh. Begini lah, Daud nak mewakili semua budak-budak ni, nak mintak maaf lah dekat siapa yang terguris hati. Sudahnya kami ini bukanlah seorang manusia yang maksum. Ada juga yang terlepas. Nak-nak budak yang baru nak selongkar natang apa Ultras Malaya ni. Udahnya mudah betul nak kata orang tak patriotik. Nak tak nak dia bawak nama Ultras Malaya, terpalit juga lah rasanya. Esoknya masuk belog yang tak berdosa dalam menulis pasal bola. Ambil lambang, dilabel terus jadi Ultras Bana. *geleng kepala*

Logo kami yang di banakan oleh Sang Bana

Sejak menjadi fenomena yang di sukai dan di benci di stadium dan sejak curva tak henti-henti mendapat pertambahan ahli baru, susah benar dah nak mengawal. Dulu elok sangat 20,30 orang sahaja. Mudah nak meeting. Mudah nak bertukar pendapat. Sekarang ni dah beribu cek oi. Kalau kilang Samsung pun kalau menghasilkan produk mesti ada yang defect, ini pulak manusia. Ye dak? Minta maaf sangat lah. Kalau nak kenal betul, mari duduk semeja sembang. Manusia ni gitulah kadang kala. Tak kenal maka tak cinta. Tak kenal lagi dah pandai buat ulasan sendiri. Daud pun pening. Tapi tu lah lumrah manusia. Daud ye kan aja. Fikri anak Pak Man lorong sebelah ni pun selalu sangat guna ayat tu.

Sudah-sudah. Balik ke topik asal. Kita perkenal dulu natang apa Ultras Malaya ni. Sudah lah baru muncul 4 tahun. Nak buat kepala. Eh, kami sudah berada dalam stadium sejak lahir tau? Kau baru nak joget-joget dalam stadium, jangan banyak bunyi. Hurm. Tiap kali Daud dengar orang cakap gitu, Daud sedih sangat. Daud takde lah pergi stadium sejak lahir. Daud dulu abah yang bawak. Lepas tu, abah protes. Tak mau turun stadium. Sebab dia kata, kalau dia turun ja Kedah mesti kalah. Ya, Daud dengan abah memang anak jati Kedah. Tu ja ungkapan dia sejak dia mengamuk tak mau turun stadium. Protes. Daud tak henti. Pergi jugak stadium. Abah ada juga jeling-jeling bila Daud sarung jersi pergi stadium. Tambah-tambah bila Daud mintak izin nak pergi Bukit Jalil tahun 2007 tu. Daud ingat lagi masa tu Final Piala Malaysia. Dia bagi siap bagi duit poket lebih Rm50 lagi. Dia rindu sebenarnya. Cuma dia bosan.

Tahun 2008 Daud aktif main internet, sampai lah jumpa satu website forum ni, Harimaumalaya.com. Sekarang ni pun aktif lagi forum tu. Tapi tak seaktif zaman 2008 dulu. Zaman tu Daud memang dok berlagak pasal team Kedah ja. Nelson dengan Marlon memang asyik Daud sebut dalam tu. Masa pestabola merdeka 2008, Daud join buat pertama kalinya budak-budak HMC ni turun. Kemain lagi aktif budak-budak ni. Daud suka. Masa tu Daud ingat lagi budak-budak ni aktif lukis banner. Daud masuk stadium masa grouping, dekat stadium MPPJ, berapa kerat ja datang. Masa tu orang lagi suka tengok bola mat saleh. Ya lah, nak salahkan pun tak boleh. Daud pun suka tengok. Abah Daud sendiri dah lagi suka beli jersi Manchester United dari beli jersi Kedah. Tapi ada jugak sekali dia kirim jersi Kedah, time tu dekat Stadium Shah Alam. Tahun 2010 tak silap. Dia nak jersi original siap tag katanya. Tu lah Daud kata, mereka masih lagi rindu.

Balik cerita tadi, Daud kemain suka. Nyanyi lagu barisan kita lah. Daud memang rasa terharu. Tatkala stadium masa tu yang hanya dengaq bunyi daun jatuh ja, ada jugak yang masih teringin nak datang stadium. Masa tu facebook orang lagi suka cerita pasal gig lah. Hujan lah. Indie lah. Skateboard lah. Scene main basikal fix zaman tu mana orang pandang sangat. Last match lawan dekat Bukit Jalil. Lawan Afghanistan. 6-0 kita bantai Afghanistan tau masa tu? Kemain suka kelompok monyet ni termasuk Daud. Masa semifinal, Daud turun Bukit Jalil lagi. Ah masa ni, budak-budak HMC ni dah kawtim baik dengan geng gendang Selangor. Terasa sikit meriahnya. Selalu menjerit kosong. Sampai lah ke final. Bertemu Vietnam. Masa tu sorang dari kelompok monyet kami, Syamim Tehrani ada bagitau Daud, “Kalau tidak kita, siapa lagi?”. Kata-kata tu yang Daud pegang.


2009. Ultras Malaya <3 harimaumalaya.com

Final ni Daud kurang gemar nak mengingat kisah lampau. Kisah ego budak-budak HMC dengan geng gendang Selangor ni. SSFC nama popular diorang. Masing-masing ego. Daud masa tu kecik je. Nak bersuara nak tolong selesaikan masalah, nanti orang kata tak hormat orang tua. Daud ikut ja lah apa diorang rancang. Masa tu pincang habis. Kami tiba-tiba tak sebulu hanya kerana monyet macam kami sambil tengok match sambil menyanyi dan abang-abang SSFC pulak sambil tengok match sambil main gendang. Akibat terkinja-kinja menghalang pemandangan abang-abang SSFC yang main gendang tak nampak match, kami beralah. Daud pun kena sound waktu tu. Takut jugak. Sebab yang sound tu rupa brader-brader. Daud ni dah lah datang pun naik motor. Udahnya kalau dia arah semua kaum dia patah riukkan motor, macam mana Daud nak balik? Daud pun lepas tu merajuk pergi jauh sikit dari halangan mata diorang. Kembali terkinja-kinja dengan lilitan kecik tertulis ‘Malaysia’ di kepala dengan pegang mafla. Dengan kata sepakat, kami lalu pindah ke tier yang lebih atas. Akibat keegoan masing-masing dan kepincangan HMC dan Ultras Malaya dengan SSFC waktu itu, setelah bersama baik sebelum match tu, Malaysia juga pincang bila kalah penalti 6-5 kepada Vietnam. Daud sedih bila kejohanan berpestij negara kita yang terakhir tu di pegang oleh Vietnam. Sehingga sekarang, FAM tak rasa nak rampas balik natang tu agaknya.

Seperti yang orang mengeji Ultras Malaya sekarang kerana kebodohan yang masih menyanyi walaupun kalah, begitu juga puak monyet terawal bersama HMC dulu. Daud dan kawan-kawan juga menyanyi waktu tu walaupun kalah. Menyanyi kerana bersama pasukan kalah menang. Bukannya menyanyi mengagungkan pasukan kalah menang. Ada bezanya di situ yang sampai harini orang tak faham. Ni Daud nak memperjelaskan ah ni. Ultras Malaya (UM), akan berdiri, menyanyi walaupun kalah bukannya meraikan, malahan untuk lebih jelas, menyanyi untuk naikkan semangat pemain pada match akan datang. Setiap gerak geri kami di stadium ada motifnya. Nanti Daud jelaskan satu persatu. Kutuk? Kritik? Kami juga ada hati dan marah. Apa guna forum waktu tu kalau tak guna ya dak? Panas seram sejuk forum lepas match. Pandangan kritikan mesti ada.

Setelah berkampung di Stadium MBPJ, akhirnya para krew Ultras Malaya berjaya menerobos masuk dan membuat penampilan sulung di Stadium Nasional Bukit Jalil, bersempena dengan separuh akhir Pestabola Merdeka 2008. - Malaysia vs Myanmar, Semifinal Pestabola Merdeka 2008, SNBJ.


Hari silih berganti. Bilangan menjadi bukti. Daud dan kawan-kawan pun makin dah biasa dengan caci maki. Lepas, satu, satu masalah silih berganti. Namun apa yang pasti kami tetap berdiri di sini. Biarlah kena lontar cawan pun masa tu. Walaupun yang diorang marahkan ialah pemain. Sebab diorang tension dengan kami yang masih terkinja-kinja walaupun pemain dah main macam barua, kami yang kena akibatnya. Mana taknya, kita marah, tapi tengok orang masih terkinja-kinja. Bertambahlah syaitan berbisik ye dak? Entah macam mana, lepas kes SSFC, UM akhirnya bergerak dengan haluan yang berbeza kerana perbezaan ideologi. Kami pun tak mahu mengotorkan nama HMC yang masa tu makin di kenali ramai sebagai sebuah kelab penyokong pasukan negara. Kami pulak dengan aksi terkinja. Dengan kata sepakat, kami bergerak sendiri. Sampai lah sekarang.

Pentas Final Pestabola Merdeka 2008. seawal jam 5 petang krew Ultras Malaya sudah di sana. - Malaysia vs Vietnam,
Final Pestabola Merdeka 2008, SNBJ.

Tekad dan nekad hendak meneruskan perjuangan dengan menggunakan nama Ultra, kami terus mengorak langkah. Ultra? Menurut definisi yang mudah didapati di mana-mana artikel mat saleh, Ultras ialah satu kelompok saudara yang sayangkan pasukan, cinta lebih tepat. Daud bukan terer sangat nak definisi-definisi ni. Tapi tulah. Ultras ni bukannya satu pertubuhan haram garis tiga ataupun kumpulan samseng mahupun hooligans. Tapi tulah nak habaq, Ultras ni boleh menjadi yang lebih dari sopan kalau keadaan memaksa. Ultras ni acuannya lain-lain pada setiap negara. Di Italy lain acuannya. Di Serbia lain. Di Mesir lain. Malahan Ultras di Jepun juga lain. Hangpa pi ah utube tengok Ultras Nippon. Tengok betapa sopannya mereka. Yet, bila bersatu, garangnya lain macam dari jauh. Cuba tengok masuk dalam kelompok diorang. Alahai cute nyewww sorang-sorang! Sebab dari dalam padang, bukannya rupa yang pemain mahukan. Pemain memerlukan semangat yang boleh disalurkan. Dari apa? Dari suara.

Ultras Nippon! Antara segelintir kecil Ultras di dunia yang bersatu di bawah  satu panji  negara, sama seperti Ultras Malaya

Ultras Nippon beraksi.

Di stadium, banyak cara yang boleh kita bantu pasukan kesayangan kita. Bakar mercun? Tiup vuvuzela? Apa kau pasti masa match sedang di jalankan cara itu boleh membantu pasukan? Atau dengan kau mensaiko pasukan lawan serta menyalurkan tenaga kepada pemain? Ramai orang membantah isu penggunaan terma ‘pemain ke 12’. Daud bukan apa. Daud nak jelaskan. Terma itu untuk kita semua! Bukan hanya untuk Ultras. Kita di dalam stadium ialah pemain ke 12. Tugas kita ialah sama-sama membantu pasukan. Dengan cara masing-masing semestinya. Mungkin bagi Ultras apa yang kami terkinjakan ialah cara kami nak membantu. Tapi tak semestinya kami menolak cara orang lain. Sebab ini pandangan Daud lah. Daud pun ada juga membontoti pemain yang celaka. Cuma bagi Daud, selagi wisel penamat tak ditiup, itu ialah tugas Daud untuk sama-sama bantu apa yang boleh. Habis sahaja perlawanan, Daud pun melepak mamak mengutuk players. Sebab ini lah Malaysia! Tak mungkin kau mendewakan seseorang pemain di sebabkan kegagalan dia berfungsi dengan baik di atas padang. Bola sepak Malaysia masih belum sampai tahap tu lagi. Bila masa bola sepak ialah seperti agama. Di mana bola sepak ialah kehidupan. Belum. Dan Daud rasa, takkan sampai ke tahap tu.

Lain orang lain cara. Daud cuma nak jelaskan kenapa Daud buat itu sahaja. Cuma maafkan lah sesetengah manusia yang tak reti nak hormat hak orang lain yang duduk menghentam orang yang makan sambil menjerit marah dalam stadium. Maafkan. Abah Daud pun macam tu. Daud dibesarkan dengan tengok bola macam tu. Tak mungkin Daud nak kutuk abah kan? Cuma budak-budak yang baru ni kurang sikit tarbiah nya. Udahnya mudah sangat nak melatah. Nanti Daud luku kepala sekor-sekor. Jangan risau.

Lepas ni Daud nak cerita satu persatu kenapa Ultras buat sesuatu benda tu. Daud nak ambil masa baca surat peminat yang mencaci kami jugak. Sebab tu lah, pandangan orang ramai kena ambil jugak. Baru ada point Daud nak menulis nak terangkan kenapa, kenapa, kenapa. Tak mau jadi macam Wan Rock yang selalu sangat taksub dengan ajaran Rock Kapak dia sampai Rock kurang kapak pop yeah yeah yang lagi lama tak mau langsung di pandang dia. Kan? Nantikan ah part II bersama Daud Ghani.


Kami berkonsepkan saudara. Takkan kami tinggal saudara kami dibelakang.

Daud bukan apa, cuba nak jelaskan apa yang kabur. Tak mahu lah akibat kekaburan, orang boleh fitnah begitu sahaja. Nak mengutuk takdahal. Kalau betul kami buat, kami tunduk dan perbetulkan mana yang patut. Cuma bila bab menyerang peribadi, dan memfitnah, Daud rasa kurang gemar. Semestinya blog yang mengkepala banakan kami tak mengutuk secara peribadi. Bukan mereka. Cuma tak elok ah diorang kata kami yang letak spender ke buku dia. Entah celah mana entah kami nak buat gitu. Daud pun suka je baca buku dia. Banyak info. Tapi tu lah manusia. Kalau dah benci, apa yang orang lain buat terus tak pandang baik buruknya. Eh, buruk pandang, baik jangan harap. Dah serupa parti politik perangai dia.

Sudah lah. Esok-esok Daud tulis pasal gerak geri dan sebab mengapa kami buat. Daud pun dah ngantuk nak tidur.

Akan bersambung di bahagian seterusnya...........

- Daud Ghani-

Saturday, 10 December 2011

ULTRAS MALAYA KE GELORA BUNG KARNO (BAHAGIAN KEDUA)

BAHAGIAN KEDUA
Bahagian kedua pula menceritakan bagaimana kami berusaha sedaya upaya mencari penginapan lain dan juga berusaha keras untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir.


Maaf agak lama mengambil masa untuk menyambung bahagian kedua. Kesibukan dengan urusan kerja harian. Seperti yang dijangka oleh ramai pihak, Indonesia berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan bergaya menumbangkan finalist edisi yang lalu Vietnam 2-0. Benarlah telahan rakyat Indonesia bahawa mereka akan membuat perhitungan sekali lagi di pentas akhir dengan Malaysia. Sejak hari pertama lagi setibanya kami di Jakarta rata-rata rakyat Indonesia tidak begitu teruja dengan saingan separuh akhir bertemu dengan Vietnam berbanding perlawan terakhir peringkat kumpulan yang menemukan Garuda Muda dengan Harimau Muda. Rata-ratanya lebih cenderung bercerita tentang perlawanan akhir kelak. Bagaimanakah mahu menumpaskan Malaysia? Taktikal apa perlu digunakan? Siapakah yang mampu menjaringkan gol? dan sebagainya. Keyakinan dan kepercayaan yang begitu tinggi sekali ditunjukkan terhadap timnas mereka. Tambahan pula dengan kehangatan media massa di Indonesia yang mempermainkan isu bahawa Indonesia akan bangkit dan membalas dendam di pentas akhir menambahkan lagi keyakinan rakyatnya. Media massa mereka merupakan tunjang utama dalam membangkitkan semangat patriotisme dan fanaticsm rakyatnya.


Sebelum tamat perlawanan Indonesia-Vietnam lagi kami sudah keluar “stadion” istilah tempatan untuk stadium di sini, supaya tidak tersangkut dengan “macet” istilah kesesakan jalan raya yang sentiasa menghantui penduduk Ibu Kota Jakarta. Kami mahu segera keluar dari kawasan panas Gelora Bung Karno sememangnya sentiasa bergelora dengan aura penyokong fanatik Indonesia. Tanpa melengahkan masa, kami terus menuju ke Plaza Senayan dan juga Senayan City Mall. Kiranya wilayah Senayan ini kawasan elite kalau kat Malaysia ni macam kat Bangsar atau Damansara lah. Kami ke sana untuk ke kedai money changer dan juga mengalas perut. Kalau di sini, tidaklah kami macam orang bisu tak bercakap macam kat area Kompleks Sukan Senayan tadi, memandangkan sini kawasan elite, maka bebaslah kami nak bercakap sesuka hati dengan lantang tanpa berselindung ketika di stadium tadi walaupun di sini begitu ramai sekali rakyatnya berjersi Merah Garuda di sana sini, kiranya golongan elite di Indonesia pun  tetap ambil peduli perihal pasukan kebangsaan dan juga mencintai bola sepak.


Ketika sedang menunggu teksi untuk pulang ke Hotel, jalan raya mulai sesak dan dipenuhi oleh penyokong berbaju merah kerana Stadium GBK dengan Plaza Senayan ni jauhnya hanyalah 1km sahaja. Pesta meraikan kemenangan ke pentas akhir telah bermula, penyokong-penyokong mula membanjiri jalan-jalan utama umpama telah dinobatkan juara bola sepak. Mereka berpesta di jalan-jalan utama dengan membunyikan hon, memanjat bumbung bas, van, lori dan kereta masing-masing satu fenomena yang menarik untuk disaksikan. Tempat kami menunggu teksi mula dipenuhi penyokong-penyokong Indonesia, mode "orang bisu" kembali diaktifkan kerana khuatir akan ada yang mencari kelibat kami di sekitar Senayan Mall sebab saya baru sahaja tweet lokasi terkini kami di twitter ultrasmalaya07 dan ramai pula penyokong Indonesia yang response terhadap tweet saya. Ketika perjalanan pulang ke Hotel sekitar pukul 1 pagi, kaunter-kaunter tiket sudah mula dipenuhi dan mereka beratur panjang walaupun perlawanan baru sahaja tamat. Gila memang gila, terfikir pula macam manalah kami mahu dapatkan tiket pula esok? Tak kanlah nak berkampung depan kaunter macam mereka juga?


Bergambar di hadapan Hotel Sultan bersama lagi
seorang penyokong Malaysia 
20 NOVEMBER 2011, AHAD

Ada punya baki sehari lagi menjelang perlawanan akhir esoknya, tiada lagi bilik biasa di hotel ini, yang tinggal hanyalah suite yang lebih mahal dan harga meningkat 3 kali ganda daripada semalam. Elok kami semua cari bilik yang sedarhana sekurang-kurangnya dapat berkongsi 2-3 orang sebilik. Tak mampu lagi kami nak tinggal di Hotel mewah ni, harga sememangnya mahal berkali ganda ekoran penganjuran temasya dwi tahunan ini. Tanpa berfikir panjang kami mengambil keputusan untuk mencari hotel yang lebih murah dan sasaran kami ialah budget hotel yang banyak di sekitar Jalan Jaksa, di pinggir Kota Jakarta. Perbelanjaan lain perlu diambil kira, sebab andai kami gagal mencari tiket, terpaksalah kami membeli dari ulat tiket yang pastinya harga tiket melambung RM200-500. Lagipun kami diberitahu harga sebenar tiket final melambung sekali ganda apabila pihak penganjur telah menaikkan harga sehari selepas Indonesia layak ke Akhir. Dua jam lebih kami mencari dari hotel ke hotel di Jalan Jaksa kami bertanyakan bilik kosong masih gagal dan seakan putus asa untuk mencari lagi. Salah kami juga sebab tidak book awal-awal sebelum berangkat ke Indonesia. Di kawasan Jalan Jaksa juga dipenuhi laskar garuda, beberapa kali kami disapa oleh mereka, mereka bertanya kepada kami adakah kami ini penyokong dari Malaysia dan mahu menonton Bola di GBK esok? Kami balas, kami adalah pelancong biasa yang ingin berjalan-jalan di sekitar Indonesia. Sempat kami lalui kedai rasmi Jakmania, jangan main-main Ultras mereka siap ada kedai rasmi lagi tu, kelihatan ramai pemudanya berbaju oren sana sini di sekitar kedai itu. Apabila kami masih gagal mencari bilik kosong di kawasan ini kami mula mencari di kawasan lain. 



Kehadiran penyokong Indonesia yang ramai sekali di Jalan Jaksa pastinya datang dari luar kawasan Kota Jakarta mahupun dari luar Kepulauan Jawa. Maklumlah penyokong Indonesia datangnya dari seluruh Kepulauan Indonesia dari Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan sebagainya, bahkan ada di antara mereka yang memerlukan perjalanan berhari-hari menaiki feri, kapal dan keretapi untuk sampai ke Pulau Jawa. Lagipun, kesilapan saya sendiri apabila, tweet status di twitter ultrasmalaya07 yang kami akan ke Jalan Jaksa malam sebelumnya, kesudahannya begitu ramai sekali penyokong Indonesia yang response tweet dan memberitahu bahawa mereka akan sambut kami di sana. Gara-gara pertembungan Indonesia-Malaysia ni, tiba-tiba follower twiter “ultrasmalaya07” meningkat dengan mendadak dan kebanyakannya follower dari seberang. Kata-kata mereka bahawanya akan sambut kami itu, sukar diertikan samada berniat baik atau sebaliknya? Pastinya memang ada yang benar-benar ikhlas dan jujur mahu membantu kami dan pastinya ada juga sebaliknya. Oleh demikian, langkah mudah, batalkan niat untuk menginap di Jalan Jaksa demi keselamatan kami semua.



Masih tidak berputusa asa, ke sana ke mari menghusung beg berat cari bilik yang kosong, tapi kecewa hampir semua fully booked. Cari punya cari tak jumpa-jumpa juga. Kalau tiada bilik kosong juga terpaksalah kami sepuluh orang (Lagi seorang ketika ini telah menghilangkan diri sehinggalah hari terakhir kami berjumpa dengan beliau di airport) berpatah balik ke hotel Sultan dan terpaksa jugalah membayar harga bilik suite andai tiada. Dalam perjalanan pulang ke Hotel Sultan, Teksi yang kami naiki melalui depan Hotel Mulia Senayan yang betul-betul bertentangan dengan GBK sejauh 100 meter sahaja. Kami mencuba nasib mana tahu ada bilik yang kosong ke? memang mengejutkan kami masih tinggal 2 buah bilik kosong, walaupun sebenarnya masa mula-mula nak cari penginapan tadi kamiada juga call receptionist nya tetapi dikatakan kesemua bilik telah penuh ditempah, mungkin sudah rezeki kami. Harganya sekitar 850 000 rupiah semalam lebih kurang RM 250+ semalam. So dibahagikan 5 orang untuk sebilik sekitar RM50 seorang, oklah tu tidaklah terlalu mahal bagi kami lagipun biliknya sangat luas, hanya tinggal 10 orang dari kami, lagi seorang gagal dikesan hilang ke mana sejak kami meninggalkan Hotel Sultan. Dapat sahaja bilik, terus letak beg bersiap sedia dan bergegas ke GBK semula mencari tiket balik dan pada masa itulah, kami nampak kaunter tiket telah dibakar oleh penyokong-penyokong fanatik yang bengang kerana gagal mendapatkan tiket walaupun mereka telah beratur panjang bahkam ada yang bermalam di situ. Kami diberitahu tiket untuk final esok harinya telah habis dijual, walaupun hanya dibuka beberapa jam. Tanggapan kami, ini pastinya angkara orang dalam yang menghulurkan tiket kepada ulat-ulat tiket. Masakan 100 000 tiket habis dijual tak sampai 2-3 jam? Alamak! Datang jauh-jauh dari Kuala Lumpur ke Jakarta tak kan nak tengok live kat TV hotel?

Lepas sahaja kaunter tiket tutup, tak sampai beberapa minit ulat-ulat tiket cepat berkeliaran, bilangannya tak usah cakaplah jauh lebih banyak berbanding di Bukit Jalil, dijual pula secara terang-terangan macam tiada larangan atau pemantauan dari pihak berwajib. Menurut supir teksi yang kami naiki, ulat tiket ini merupakan perkara biasa di Indonesia jikalau melibatkan game panas kelab-kelab tempatan macam Persija Jakarta vs Persib Bandung, Persija Jakarta vs Persitara Jakarta mahupun Persija Jakarta vs Persebaya apatah lagi rival sampai mati seperti Indonesia vs Malaysia. Walau dijual mahal sekalipun pasti akan ada yang membelinya. Kami bergegas ke Hotel Sultan, tempat menginapnya pemain bola sepak kebangsaan dan atlet kebangsaan yang lain. Itulah terfikir juga, andai Ultras Malaya ni ada hubungan baik dengan FAM pastinya soal tiket tidak menjadi masalah buat kami. Lagipun kami diberitahu penyokong-penyokong Malaysia ada yang akan bertolak dari KLIA Ahad malam ni, dan sebilangan lagi akan bertolak Isnin pagi dan kesemuanya telah pun mempunyai tiket kenapa kami yang di Indonesia masih lagi gagal untuk mendapatkan tiket final? Sedangkan Stadium GBK sekangkang kera dari tempat penginapan kami. Kalaulah kami sentiasa memuja-muja FAM sepanjang masa pasti tak perlu bersusah payah sebegini bukan.


Seperti perlawanan separuh akhir semalam, pantang nampak pemain dan pegawai Malaysia mahupun orang berpakaian seperti kontinjen Malaysia terus kami serbu bertanyakan hal tiket. Kesian pemain-pemain kebangsaan sampai dah naik bosan kena tanya soalan tiket dari kami sampaikan ada yang mengelak kalau terserempak dengan kami di hotel, lagipun kami bukannya nak tiket percuma kami hanya mahukan kuota tiket untuk dibeli. Seharian menghabiskan masa di Hotel Sultan sampai ke malam, masih gagal untuk mendapatkan tiket yang diharapkan. Kami pulang dengan kehampaan ke tempat penginapan kami.

21 NOVEMBER, ISNIN

Harapan untuk menonton perlawanan akhir di Stadium GBK seakan-akan samar-samar sahaja kerana kami masih lagi gagal untuk mendapatkan tiket. Kami dah putus asa nak ke hulur ke hilir nak cari tiket, dari buat muka tembok asyik bertanyakan hal tiket baik lepak bilik tengok berehat sambil tengok TV. Lagipun dah plan, andai gagal kami terpaksalah tengok big screen yang bersepah di perkarangan GBK bersama-sama penyokong Indonesia dapatlah juga merasa atmosphere final di GBK malam nanti.


Pihak berkuasa Indonesia telah mengerahkan lebih 10 000 anggota polis, pengawal tambahan dan juga tentera republik itu ke GBK untuk mengawal keadaan. Pelbagai unit dikerah termasuk sepasukan tentera yang dipertanggungjawab khas untuk menjaga dan mempermudahkan perjalanan konvoi pemain dan penyokong Malaysia masuk ke dalam Stadium GBK. Anda boleh lihat sendiri gambar-gambar dibawah.


Ribuan Polis dikerah ke GBK untuk mengawal keadaan

Unit Polis Anjing Pengesan

Polis Tambahan

Polis dengan Senapang khas, Unit Penembak Khas agaknya

Unit Pencegeah Rusuhan seperti FRU di Malaysia

Tentera juga dikerah mengawal keadaan


Pelbagai unit Tentera dikerah ke GBK juga

Pagi itu, setelah puas meronda-ronda sekitar GBK mencari tiket sempatlah jugalah saya membaca surat khabar tempatan di lobby hotel. Rata-ratanya menerbitkan berita pasal perlawanan akhir Indonesia-Malaysia bermuka-muka surat, liputan meluas diberikan media massa tempatan terhadap sukan bola sepak, sungguh berbeza dengan media massa di Malaysia. Naik ke bilik buka TV pun sama. Publisiti yang diberikan media massa sana begitu ekstrim terhadap pasukan Garuda Muda. Bayangkan bila saya tukar channel lain yang rancangannya berkonsepkan hiburan seperti program Melody terbitan TV3 juga berkisar tentang bola sepak, saya tukar channel lain rancangan masakan pula, Chefnya tengah menyarung Jersi Merah Indonesia sambil memasak, tukar ke channel lain pula, rancangan live menunjukkan konsert rock band tempatan barangkali Urban Fest 2012? juga tak lari dari topik bola sepak, pendek kata semuanya pasal bola sepak.


Ada sesetengah media massa pula, bangkitkan semangat patriotik rakyat Indonesia dengan mainkan lagu-lagu semangat, lagu-lagu khas yang dinyanyikan artis popular sana untuk pasukan bola sepak mereka baik di Radio dan juga TV. Ada juga yang menyelitkan sedikit isu sentimen panas yang sentiasa mencetuskan ketengan hubungan diplomatik kedua-dua negara macam “Ganyang Malaysia”, “Batik”, “Isu Amah”,dan isu-isu lain dalam penerbitan mereka. Menurut rakan kami yang juga bekerja dengan Berita Harian, sentimen di media massa Indonesia kali ini tidaklah sehangat ketika Piala AFF 2010 dahulu. Hal-hal sedemikian sememangnya begitu mempengaruhi semangat patriotik warga Indonesia dan secara tidak langsung menaikkan sikap tidak puas hati terhadap Malaysia yang meluap-luap. Menurut rakan kami di sini (Jakmania), bola sepak di Indonesia ibarat suatu agama dimana penyokongnya sanggup memperjuangkan pasukan kebanggaan mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa.


Bagaimana peranan media massa Indonesia membangkitkan sentimen
patriotik  dan mengapi-apikan perasaan rakyatnya credit to Zul Deanz

Waktu sudah menunjukkan pukul 2pm, perlawanan lagi 5 jam sebelum sepak mula. Dari luar tingkap, sudah kelihatan ratusan ribu penyokong membanjiran kawasan sekitar senayan, dari tingkap hotel kami boleh lihat laskar garuda berada di mana sahaja. Tiket masih belum dapat lagi, tiba-tiba sahaja kami dapat panggilan dari seseorang, menyuruh kami ke Hotel Sultan dengan kadar segera kalau mahukan tiket. Panggilan dari salah seorang pekerja hotel tersebut yang kami minta bantuan semalam untuk dapatkan tiket. Mungkin dari pasaran gelap mahupun ulat tiket. Terus bergegas naik teksi ke Hotel Sultan yang hanya sejauh 2km dari tempat kami menginap, tiba-tiba rasa menyesal pula naik teksi kerana keluar sahaja dari simpang hotel terus sangkut kerana “macet”. Jalan raya penuh sesak dipenuhi puluhan ribu tentera berbaju merah. Kami ambil masa hampir 45 minit untuk perjalanan yang hanya sejauh 2km. Rasanya kalau jalan kaki, 10-15 minit pun dah sampai.


Harga tiket final yang baru selepas dinaikkan harga :-

VVIP = Rp 1 Juta (RM 350)
Grandstand Barat = Rp 750 Ribu (RM 260)
Grandstand Timur = Rp 500 Ribu (RM175)
Kategori 1 = Rp 200 Ribu (RM 70)
Kategori 2 = Rp 100 Ribu (RM35)


Kategori I & II merupakan 60% dari keseluruhan tiket yang ditawarkan, mahal bukan tiket biasa bagi menyaksikan perlawanan bola sepak di sini? Kalau Tiket grandstand di Bukit Jalil hanyalah berharga RM50, serupa harga tiket kategori biasa di Indonesia. Tidak hairanlah tiket di sini dijual begitu mahal, kerana walau mahal sekalipun kaunter mereka yang dibuka selama 2-3 jam pasti akan habis dijual. Kami berjaya mendapatkan tiket kategori 1 = Rp 200 ribu bersamaan dengan RM70 tetapi kami terpaksa membayar sebanyak Rp 500 untuk sekeping tiket tersebut. Menurut staff hotel itu, dia berjaya dapatkan tiket kami dari ulat tiket (pasaran gelap), kami sudah tidak ambil pusing lagi bagaimana mereka dapatkan tiket kami, yang penting tiket akhir sudah berjaya kami dapatkan.


PS:- Tamat Bahagian Kedua. Bahagian ketiga pula menceritakan bagaimana kami bernasib baik dapat menyertai konvoi bas pemain bersama-sama penyokong Malaysia (Famemas dan Pelajar Malaysia di Jakarta) yang lain dan merasai sendiri pengalaman bas dikepung dan dihalang dari memasuki stadium ratusan ribu penyokong di luar stadium.




-ARIF- 

ULTRAS MALAYA KE GELORA BUNG KARNO (BAHAGIAN PERTAMA)

BAHAGIAN PERTAMA
Sekadar nak berkongsi pengalaman trip Ultras Malaya ke Jakarta, Artikel ini saya dah post dari bulan lepas lagi di ultrasmalaya.net tapi disebabkan masalah dengan hosting kami yang membuatkan website kami digantung sementara waktu.


Sebenarnya trip ini tidak dirancang sama sekali, keputusan dibuat setelah pasukan Harimau Malaya mengalahkan Thailand 2-1, terus saya ambil keputusan nekad pergi ke Jakarta walaupun nasib skuad Malaysia ke peringkat seterusnya belum terjamin lagi kerana perlawanan terakhir bakal menemukan dengan tuan rumah Indonesia, tetapi saya yakin dengan Harimau Malaya mampu ke peringkat seterusnya berdasarkan persembahan mengagumkan dengan skuad Gajah Putih. Malam itu terus book tiket flight ke Jakarta yang berharga RM550 untuk return flight, disebaban tak dirancang itu yang aku jual koleksi trainers Adidas Originals kerana memerlukan duit dalam waktu yang singkat empat hari sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir. Perancangan awal saya disertai oleh 2 orang lagi komrad Ultras Malaya yang lain.


Malam sebelum bertolak, tiba-tiba ramai pula yang mahu turut serta, dari perancangan asal 3 orang telah bertambah kepada 11 orang. 10 orangnya dari komrad ultraSel (ultras Selangor) dan seorang dari budak The Jang (Ultras Nogori). Disebabkan membeli tiket flight saat-saat akhir, ada yang terpaksa membayar harga RM1k-1.5k untuk return flight MAS dan Air Asia. Kedua-dua airlines nampaknya mengambil kesempatan menaikkan harga sata-saat akhir mungkin kerana tahu ramai rakyat Malaysia yang akan terbang ke Jakarta untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno (GBK). Lagipun semasa kami dalam flight ke Jakarta, bukan setakat kami sahaja yang mahu menontan bola di sana, ada lagi beberapa individu dan kumpulan kecil yang lain juga berhasrat ke GBK.


Atas Faktor keselamatan, kami ke sana tidak membawa nama Ultras Malaya (UM) kerana sememangnya diketahui sangat bahaya jikalau membawa nama “Football Firm” ke negara yang mempunyai penyokong fanatik yang melampau mengalahkan mana-mana firm di Eropah sendiri. Kami ke sana sebagai neutral supporter yang berpakaian “Casual” satu budaya dan gaya pemakaian yang popular di kalangan penyokong bola sepak di Eropah. 


Kalau anda pernah terbaca tentang budaya penyokong di Indonesia pasti tahu akan sikap taksub mereka terhadap pasukan kesayangan garuda merah mereka juga termasuk kelab-kelab tempatan di Indonesia. Jakmania, Viking, Bonek, Aremania, Snex antara beberapa nama gelaran dan firm penyokong di Indonesia. Sebelum bertolak, kami sempat juga meminta nasihat dari rakan ultras dari seberang yang rajin berforum di salah sebuah lama penyokong Malaysia, beliau dari Surabaya dan merupakan penyokong kuat Persebaya yang mengelar dirinya “Bonek”. Banyak juga panduan dan faktor keselamatan diambil kira dari nasihat beliau. Beliau juga sarankan agar jangan membawa sebarang identiti UM ke dalam GBK seperti mafla, t-shirt, patches dan sebagainya kerana khuatir andai dikesan oleh penyokong fanatik di sana mahupun ultras tempatan, bahaya pasti menimpa.


Untuk pengetahuan tambahan pembaca, Bonek ini merupakan rival kepada Jakmania iaitu gelaran untuk penyokong Persija Jakarta. Selain Stadium Lebak Bulus, Stadium GBK juga merupakan home bagi Persija Jakarta maka sememangnya budak-budak Jakmania akan ramai sekali berada di sekitar GBK. Viking pula merupakan seteru utama kepada The Jakmania, dan memandangkan Bonek membuat pakatan akrab bersama Viking dan secara tidak langsung mereka juga bermusuh dengan The Jakmania. Perkelahian dikalangan penyokong di Indonesia sering kali mewarnai Liga Bola Sepak mereka. Rusuhan dan pergaduhan sesama mereka sering kali tercetus sehingga adakalanya juga mengakibatkan kematian. Berita mengenai rusuhan penyokong bola sepak di Indonesia adalah lumrah biasa bagi masyarakat di sana. Maka, anda semua boleh ertikan bahaya atau tidak jikalau kami ke sana sebagai ultras, sedangkan kalau dah sebangsa dan senegara pun boleh berbunuhan apatah lagi berbeza negara dan bangsa. Anda boleh dapatkan DVD filem bola sepak Indonesia “Romeo & Juliet” ataupun pun boleh nonton di laman youtube Romeo Juliet Part 1 yang mengisahkan perseteruan dasyat dikalangan penyokong bola sepak di Indonesia, filemnya lebih kurang macam Green Street Hooligans tetapi jauh lebih kejam dan dasyat.


Poster Filem Romeo Juliet (2009)


Flight kami berlepas dari LCCT Sepang ke Soekarno Hatta Airport pada pukul 7am. Berlepaslah 10 orang komrad UM ke Indonesia. Setibanya dari Kuala Lumpur, tanpa melengah-lengah masa kami bergegas mencari tiket dahulu, tempat penginapan tolak ke tepi dahulu. Salah seorang komrad kami, memakai t-shirt ultras Malaya di airport ketika sedang menunggu ketibaan teksi, lantas diarahkan untuk menanggalkan baju tersebut dengan segera oleh Pak Polisi (Polis) di sana. Pak Polisi siap pesan, “Mas, usah pake T-shirt ini, khawatir jika dilihat pendukung fanatik dan ultras di sini”, jadi terpaksalah budak tu buka t-shirt sarung t-shirt lain. Ambil teksi dan kami terus menuju ke GBK. Setibanya kami di GBK kelihatan begitu ramai umat manusia beratur panjang untuk membeli tiket. Tiket bola sepak di Sukan Sea ni mengunakan sistem tiket harian, maknanya kalau beli sekeping tiket boleh tonton perlawanan sebelah petang dan juga perlawanan sebelah malam . Sebab itulah kami sangat risau tentang tiket kami. Khuatir tiket perlawanan  disapu habis oleh penyokong Indonesia di mana pasukan kebangsaan mereka yang bermain sebelah malam pada hari yang sama. Mulanya kami beratur sekali dengan mereka, tapi sebab gaya kami macam orang luar yang dengan beg besar dan camera besar ibarat macam orang luar atau pelancong asing, terus dikesan oleh orang tempatan. Terus diteriaknya "Maling, Maling, Maling" pada kami, jadi terus batalkan niat untuk beratur membeli tiket dan terus beredar meninggalkan kawasan panas GBK.

Sempat bergambar di KLIA sebelum berlepas ke Jakarta

Kami terus menuju ke Hotel Sultan yang terletak kira-kira 500 meter dari GBK yang merupakan tempat penginapan pemain dan pegawai pasukan Harimau Malaya dan juga atlet kebangsaan Malaysia yang lain. Masa kami banyak dhabiskan untuk mencari tiket sahaja, sesiapa sahaja yang berpakaian seperti kontinjen Malaysia pasti menjadi sasaran kami untuk bertanyakan tiket separuh akhir. Setelah seharian suntuk mencari tiket, akhirnya kami berjaya dapatkannya. Terus bergegas mencari tempat penginapan, tapi malangnya kesemua Hotel 3 stars dan budget hotel telah penuh di sekitar Jakarta, memang pelan asal untuk menginap di hotel murah sahaja, maklumlah bukannya kami pergi bercuti untuk bersuka ria, asal lepas makan, minum mandi dan tidur kami sudah memadai. Lagipun Sukan Sea tengah berlangsung malah lebih teruk lagi apabila pihak penganjur tidak menyediakan perkampungan sukan untuk kontinjen yang datang bertanding. Hanya menyediakan hotel-hotel di sekitar Jakarta untuk penginapan atlet dan pegawai sebab itulah hotel kebanyakannya telah penuh ditempah. Maka nak tak nak, terpaksalah menginap di Hotel Sultan juga yang sememangnya terkenal di Indonesia, dengan bilik berharga RM900++ semalam. Jadi langkah pengjimatan kami sumbat beramai-ramai dalam satu bilik. Nasiblah bilik suite ini mempunyai dua bilik dan ruang tamu yang luas berserta sofa yang besar, jadi tidaklah kami terasa padat seperti di dalam "Tin Sardin".


Pemandangan Stadium GBK dari kamar kami, 
lihat tidak jauh bukan?

Perlawanan Malaysia vs Myammar pun ramai penyokong Indonesia telah masuk ke dalam stadium walaupun perlawanan Indonesia hanya berlangsung waktu malam. Pemain Malaysia telah di “Boo” sepanjang masa dan sokongan padu rakyat Indonesia tidak berbelah bahagi diberikan terhadap pasukan Myammar. Kami berjaya dapatkan tiket Grandstand Timur yang beharga IDR 250 000 kira-kira RM 87 duit kita, mahal bukan?? kalau di Stadium Bukit Jalil, Grandstand Timur tu ibarat macam Section M, N, O, P dan Q iaitu tempat di mana penyokong tegar Harimau Malaya berada. Atas nasihat rakan Bonek dari Surabaya, kami berpecah kepada beberapa kumpulan dan duduk berselerakan agar tidak cenderung bercakapan sesama kami. Semasa lagu negaraku dimainkan hanya 3 daripada kami berdiri dan yang lain tak berani nak berdiri kerana 99% orang dalam stadium tidak berdiri semasa lagu Negaraku dimainkan. Mereka memukul gendang, menyanyikan lagu “Terang Bulan” iaitu lagu yang dikatakan lagu asal Negaraku oleh mereka dengan mengatakan kita meniru karya asal Terang Bulan kerana melodinya sememangnya sama seperti Negaraku dan meniupkan hon sepanjang lagu kebangsaan kita berkumandang di GBK. Kami bertiga nekad gila dan dengan pantas bangun walaupun orang di sekeliling kami tidak melakukan perkara yang sama. Lagipun aku dan rakan-rakan sudah bersiap sedia kalau terkantoi kami tahu nak gunakan alasan apa untuk menyelamatkan diri. Maaflah tak boleh cerita di sini nanti tak boleh diguna pakai lagi untuk next trip kami ke Indonesia. Tamat sudah perlawanan, syukur ke hadrat Illahi Malaysia menang dengan jaringan tunggal pemain kesayangan pujaan ramai Malaysia iaitu Fakhri Saarani. Setelah tamatnya perlawanan Malaysia, kami mengambil keputusan untuk menunggu berlangsungnya perlawanan Indonesia vs Myammar sejam selepas tamatnya perlawanan Malaysia-Myammar.

T-shirt tertulis dibelakangnya "Ganyang Malaysia"
boleh di dapati dengan mudah di luar Stadium GBK

Menjelang sepak mula, stadium GBK hanya dipenuhi sekitar 85%, mungkin kerana lawan Vietnam walaupun semasa perlawanan peringkat kumpulan tiket sold out ketika bertemu dengan Malaysia. Penangan Malaysia sememangnya lagi kuat dari perlawanan separuh akhir mereka sendiri. Perkara paling mengagumkan kami ialah, bagaimana penyokong Indonesia menyanyikan lagu kebangsaan mereka lagu “Indonesia Raya” di dalam Stadium GBK bergema satu stadium, aura nyanyian mereka memang sangat lain, mereka menyanyi penuh semangat dan sangat lantang. Aura yang tidak pernah dirasakan oleh kami walaupun Negaraku dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dipenuhi 100 000 penyokong Harimau Malaya. Lagu Indonesia Raya ini versi asalnya berentak perlahan, tetapi penyokong bola sepak mereka menyanyikan secara kuat dan lagi bagus dari versi asal. Lagi satu sorakkan padu penyokong Indonesia berbeza di Negara kita, mereka akan menjerit dan bangun apabila bola bertukar kaki walaupun di kawasan kubu mereka berbanding kita apabila saat mula memasuki kawasan kubu lawan.


Tamat bahagian pertama. Bahagian kedua dan ketiga (Aksi Final) akan aku post kemudian antaranya termasuk pengalaman dikepung 2 jam oleh penyokong Indonesia dan juga video khas yang sempat kami rakam dari bas


-ARIF-