About

Wednesday, 14 December 2011

SIAPA ITU ULTRA??? BAHAGIAN PERTAMA

Macam selalu orang cakap , ultra itu tiada nama . hanya kawa mengenalinya . itu bagi aku typical statement yang dicelup dari ultras-tifo.net . bila tanya , itu orang akan jawab . mungkin orang itu sendiri ambil dari page 'ultras-ultras' . Kebelakangan ini , nama Ultras Malaya naik . angkara media dan sebuah portal bolasepak . media telah mengangkat UM sebagai 'scene' penyokong yang baru . portal itu pula menghentam UM kerana panggil orang tak patriotik ketika Malaysia kalah kepada Bahrain temph hari .

Ini pendapat aku . portal itu tak salah sepenuhnya cuma ayat dia yang mencengkam jiwa . aku sendiri ikuti portal itu . sebenarnya mungkin bukan semua dalam UM kata penyokong lain tak patriotik , tapi macam kata pepatah - setitik nila , rosak susu sebelanga . begitu juga jadi padas UM . mungkin yang cakap tu konon nak dabik dada bahawa dia seorang yang patriotik kerana stay sampai 90minit . 

Come on , siapa yang tengok Menyu vs Mensiti tempoh hari juga tahu yang fans Menyu ada yang dah tinggalkan game ketika dah kena 1-4 . time kena 1-6 jangan cakap lah . selalu game game BPL puna fans akan tinggalkan game jika pemain dan pasukan itu bermain teruk . siapa tak sakit hati kalau main tendang ikut sesuka hati , pass merewang , defend macam kartun dan sebagainya . mereka bayar RM20 mengharapkan sinar harapan tapi itulah , takde rezeki . 

Yang dah lama dalam scene UM juga tak boleh buat apa . nak taknak , kena hadap . but atleast people now know who is Ultras Malaya and other ultras . ni mukadimah . aku nak ingatkan sikit je tentang hal patriotik tu .

Okay , who is ultra ? tiada orang tahu . ini pesanan dari aku yang tak sampai setahun dalam scene ni . ibarat masih me-nenen . 

Jangan claim anda ultra 
Tak perlu nak claim anda ultra , tak perlu nak merendahkan neutral fans yang lain . ultra sangat ke sampai fans yang sama sama sokong pun kau nak rendahkan ? kau nak meramaikan orang dalam gerakan ni tapi kau membanakan pemakan kuaci , pemaki dan sebagainya . aku lebih rela dengar orang memaki dari dengar air-horn tu . pemakan kuaci dan pemaki tu semua lagi setia dari kau sebenarnya . ada yang baru berumu 20an tapi nak marah marah kat pakcik yang 50an . apa yang kau tahu pasal scene bolasepak Malaysia selain join ultra ? mungkin tanya pasal Bekamenga pun kau terpinga pinga . aku kelaskan kau sebagai bangang sombong .

Tiga cores - Disiplin , Jiwa , Kerjasama 
Takde salah satu , ranap . kau takde displin , merewang sana sini lompat dan sebagainya tanpa ada gerakan terancang , adakah nampak cantik gerakan tu ? kau datang tapi setakat tepuk tepuk lemah , keluar suara macam budak demam panas , adakah cukup ? kau datang awal tapi bantai makan burger kurang timun , daging mentah tapi mahal tu semua , bila orang panggil kau untuk tolong bawak flag dan gendang , kau bantai buat buat sakit perut dan perlu ke tandas kerana kononnya najis kau sedang meleleh . kerjasama ke tu ? 

Setakat ada baju , tapi jenis pemalas semuanya , elok kau pancutkan baka tak elok kau dan buang di atas baju tu . kau beli lah baju seluruh dunia sekalipun tapi tiga benda atas ni kau takde , baik kau simpan duit tu beli perkakas dapur . mungkin ada yang boleh ditambah lagi tapi tiga ni penting . 

Masuk untuk popular 
Yang ni bangang . serius bangang . kau masuk , amek gambar kau sendiri guna camera 3.2megapix kau then upload kat facebook . muka wajib bermafla . kemudian caption - saya ahli ultra . kau pikir ni apa ? realiti show ? kau nak popular , pergi masuk Anda Ada 60 Saat . aku tak kisah kalau kau bermafla untuk elakkan asap tapi ada yang bermafla kat rumah kemudian masukkan dalam album mobile uploads dekat facebook . bila dekat curva , suara hilang . demam panas mungkin .

Kalau nak gambar cantik , duduk dekat tengah curva tu dan amek gambar . shot yang menarik . lately , ramai amek gambar macam tu . tapi bila babitkan ultras negeri , kau tak berani amek gambar macam tu sebab orang yang join sikit . kau hanya duduk di hujung hujung dan buat buat tak kenal orang . bila time UM , habis semua orang lama kau kenal . join ultras negeri , besarkan ia macam UM . be among the people who make the culture grow . 

Aku rasa ini sahaja kot aku nak tulis buat masa ni . kalau ada apa apa pertambahan , aku buat part two . ubah sebelum terlambat .


6 comments:

aku nak tambah sikit oi..... budak2 yg kalut nak duk depan jadi capo(kononya la)... ni pon nak popular gak.. rasa hebat.. anda hebat.. haha..

Nak buat camna. Masih ada yg culture shock tentang UM ni padahal scene ini telah bertahun lamanya. Kagum dengan kecenderungan anak2 muda yang join gerakan ini tapi pastikan JIWA anda berterusan hingga ke akhirnya.

kamu semua tak patut dan tak layak pertikai kan semua ni.. dah ada UM atau yg lain dah kira bagus.. ni tak.. tau nak kritik je.. orang malaysia ayuh...!!!!!! buka minda anda semua... tolong buang perasaan dengki dan iri hati...

Datanglah ke stadium larkin Johor... Ultrasnya bisa dibilang dengan jari... lebih2 pun 30 orang. Satu gerakan yang tidaklah sepopular mana pun... ketika bercoreo pun orang keliling pandang senget.... kalau punya rasa malu yang tebal pasti sudah duduk ditengah2 teres. Dah la tiap kali datang dan balik terpaksa memikul dan mengangkat segala bagai tifo, banner, drum etc.., tsepanjang game pulak kena melalak dan melompat....penat tau. Popular bukanlah nilai yang mahu dicari kelompok ultras.... tapi kami yang sedikit ini cukup berbesar hati bila setiap kali selepas game... pemain2 kesayangan kami menuju ke curve sambil bertepuk tangan dan memberikan gesture yang sangat friendly. Kata orang... Ultras itu bukan pada nombornya... tapi ada dalam hatinya.

LP tu maksudnye larkin perdana...x sampai 500 pun meter dari rumah aku...boleh dikira ngan jari budak2 remaja tempat aku yg g tgok bola kat stadium...semuanye dok melepak kat kedai makan bawah blok tgok bola gak...tapi layan EPL...bila aku tanye x g stadium ke tgok johor...selamba jer dorg jawab ade bola ke arini!!!!!lawan ape!!!!padahal dari kerusi yg dorg duk melepak tu(x payah bangun sekadar paling sekejap jer) nampak sgat lampu stadium bukan main terang...sape yg salah dalam hal ni??????kcian aku tgok dak2 ultra johor ni...bersemgat wlpun bilangan dorg boleh dikira nagn jari..kdg2 aku cemburu tgok ultra negeri lain2...nape johor x cam dorg aku pikir...urmmmm.... =

Post a Comment